Tag: Perodua

  • Myvi FEM khusus buat wanita

    Hanya untuk wanita. Itulah kelebihan golongan berkenaan selepas Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) memperkenalkan varian Myvi 1.5 edisi istimewa yang dikenali sebagai Pergerakan Memperkasakan Wanita (FEM).

    Bagaimanapun, hanya 60 unit ditawarkan untuk varian itu dan bakal pemiliknya mestilah ahli FEM. Malah, beberapa syarat perlu dipenuhi seperti wanita yang berumur 18 tahun ke atas dan mestilah memiliki sebuah Perodua atau sekurang-kurangnya pernah memandu kenderaan jenama itu.

    (more…)

  • MPV Perodua akan dilancarkan pada 23 November

    MPV Perodua akan dilancarkan pada 23 November

    Kira-kira dua bulan lepas, Adam mendapat perkhabaran daripada Miss Zuliani tentang Perusahaan Otomobil Kedua Malaysia (Perodua) akan mengeluarkan sebuah MPV. Kereta MPV Perodua ini merupakan pesaing kepada Proton Exora yang mana rekabentuk masih mengekalkan ciri-ciri yang ada pada Perodua MyVi dan sedikit pengaruh Toyoto Passo Sette.

    Dalam kajian daripada Internet dan sumber-sumber yang boleh dipercayai, MPV Perodua ini mempunyai kelebihan dari segi teknikal, enjin dan hiasan dalaman. Sehingga hari ini, MPV Perodua ini masih lagi belum mendapat nama dan akan dilancarkan pada 23 November ini. Menurut sumber, Perodua telahpun membuka tempahan pada 13 November dan harga bagi satu unit MPV Perodua adalah antara RM56,000 dan RM64,000 mengikut spesifikasi berbeza.

    Berikut adalah beberapa gambar yang telah tersebar di Internet yang dipercayai MPV Perodua ini.

    * Gambar ini didapati daripada sumber di Internet dan pemilik laman web ini tidak bertanggungjawab dan tidak berkait dengan jurugambar gambar di atas.