Tag: penyelesaian air selangor

  • Isu air Selangor: BN janjikan penyelesaian

    Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan krisis air di Selangor sebaik mendapat mandat rakyat negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Beliau yang sedih melihat kesusahan penduduk akibat krisis itu, menegaskan, masalah itu mesti diatasi kerana akses kepada air berkualiti adalah hak asasi setiap manusia.

    Bidas kerajaan PKR
    Perdana Menteri membidas kerajaan PKR Selangor yang sentiasa menyalahkan pihak lain tanpa menyelesaikan masalah itu, sedangkan persoalan air terlalu berharga untuk dipolitikkan.

    Pelabur tunggu hendak buka kilang di Selangor tetapi tertangguh kerana masalah air ini. Pemaju hartanah hendak buka kawasan perumahan juga tertangguh. Sebab itulah kita jangan main politik. Ini bukan permainan politik, ini adalah mengenai survival rakyat,” – Datuk Seri Najib Razak

    “Kita hendak balik Selangor kerana sudah ada banyak masalah di negeri ini. Masalah air tidak selesai… mereka asyik tuding jari menyalahkan SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) serta BN, tetapi ini bukan cara dan masanya.

    (more…)