Tag: pengaruh akhbar cinta terhadap perpaduan

  • Kebebasan Akbar di Malaysia: Satu Pemikiran Rasional

    KEBEBASAN AKHBAR DI MALAYSIA: SATU PEMIKIRAN RASIONAL

    Oleh: Abdul Rahman Ahmad Hanafiah

    Surat khabar di zaman alaf baru ini dianggap satu komoditi. Perniagaannya tidak terbatas pada penjualan berita tetapi pengiklanan dan sebagainya. Pengaruh surat khabar dinilai dengan sasaran edarannya. Jika edarannya tidak meresapi seluruh pelusuk tanah air ianya bukanlah dinamakan surat khabar tetapi bahan bacaan sebaliknya. Edaran surat khabar yang terbanyak menentukan sikap akhbar tersebut ada pertembungan dengan rakyat ataupun khalayak. Khalayak ingin memperolehi khabar yang banyak merakyatkan berita di dalamnya. Bayaran senaskhah surat khabar perlulah setimpal dengan bahan-bahan yang dipaparkan.

    Surat khabar mempunyai sejarahnya; tetapi ia berlainan daripada sejarah biasa. Sebagaimana yang sering diandaikan oleh golongan bermoral, media cetak, sebagaimana ia wujud, bukanlah daripada ciptaan sengaja kumpulan kecil manusia yang hidup. Sebaliknya ia adalah hasil ciptaan proses sejarah dan ramai individu mengambil bahagian tanpa melihat terlebih dahulu apakah hasil usaha terakhir mereka itu. Surat khabar sebagaimana bandar raya moden pada keseluruhannya, bukanlah merupakan penghasilan yang rasional. Tidak ada seorangpun yang duba menjadikan apa yang ada padanya. Di sebalik segala usaha individu dan generasi manusia mengawal dan mewujudkan sesuatu berdasarkan kehendak hati mereka, ia terus tumbuh dan berubah dengan cara tersend

    Menyingkap sejarah secara ringkas persuratkhabaran di Amerika adalah bermulanya Boston News-Letter yang diterbitkan oleh penguasa pos. Peranan posmen menghantar surat sekaligus mengedar surat khabar yang dianggap sebagai risalah biasa. Risalah tersebut memuatkan pengumuman penting rakyat berkaitan dengan kehidupan sosial mereka. Setiap hari risalah sampai ke pengetahuan masyarakat sehingga mereka terbiasa dengannya. Makanya, lahir surat khabar yang benar-benar wujud sebagai wadah penyebaran maklumat secara menyeluruh. Permulaan dengan the gazzette maka persuratkhbaran mencatat tinta sejarah pertama dunia.

    (more…)