Tag: mh370

  • 100 hari MH370: Pengguna media sosial prihatin


    Seratus hari tanpa orang kesayangan di sisi. Pastinya ini adalah antara waktu yang sukar buat keluarga penumpang dan kru pesawat MH370. Di media sosial, orang ramai masih menunjukkan sikap prihatin mereka terhadap insiden ini dengan menggunakan #SeratusHari MH370. Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.

  • Urutan Peristiwa Kehilangan Penerbangan MH370, 8 Mac – 5 April 2014

    KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — Pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, yang masuk hari ke-30 hari ini, terus dipergiat dan menyaksikan lebih banyak aset ketenteraan digerak ke selatan Lautan Hindi, termasuk pesawat C-130 Hercules ketiga milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:

    * 8 Mac – Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

    * 8 Mac – Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

    (more…)