Tag: merdeka

  • Tanggal 31 Ogos 2009

    Alhamdulillah, hari ini Malaysia menyambut hari lahirnya yang ke 52. Selamat ulang tahun kemerdekaan yang ke 52 untuk Malaysia. Seperti biasa, apa bila kita sebut bulan Ogos, sudah pasti lagu Tanggal 31 Ogos nyanyian Allahyarham Sudirman akan terngiang-ngiang di telinga kerana bulan Ogos amatlah sinonim dengan bulan menyambut kemerdekaan Malaysia.

    Tahun ini, 31 Ogos jatuh pada hari Isnin bersamaan dengan 10 Ramadhan 1430H. Sambutan dan perarakan kemerdekaan juga dipindahkan ke Dataran Parlimen, tidak lagi di Putrajaya atau Dataran Merdeka. Penularan wabak Influenza A H1N1 juga menjadi salah satu penyebab utama Kerajaan berusaha untuk meninimumkan kekerapan untuk berkumpul secara besar-besaran. Ringkasnya, Sambutan Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini diadakan di Parlimen bersempena menyambut 50 tahun Parlimen Malaysia dan hanya 40 minit.

    Apa yang sedih pada tahun ini ialah kurangnya Jalur Gemilang dikibarkan di premis dan kenderaan seperti tahun-tahun sebelumnya. Adakah kerana beberapa faktor di atas, atau kurangnya kempen menjadikan keghairahan rakyat Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang berkurang? Adakah dengan hanya pemberian Jalur Gemilang secara percuma kepada pemilik kenderaan di lebuh raya utama akan memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan ini? Secara peribadi, Adam dapati cuma satu daripada 10 buah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan semasa ke Kuala Lumpur pada Jumaat lepas hanya memasang Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing. Bagaimana dengan yang lain?

    Ok, cukup hal Jalur Gemilang. Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan ke-52 Malaysia. Semoga 1Malaysia akan menjadi ikutan rakyat dan pemimpin negara untuk terus membawa kepada kedaulatan dan keamanan di negara tercinta ini.

  • Selamat Hari Kebangsaan ke-51 dan Salam Ramadhan

    Assalammualaikum warahmatullah..

    Sempena ketibaan bulan Ramadhan, bulan penuh rahmat dan pengampunan, saya memohon ampun dan maaf atas segala dosa, kejahatan, kesilapan, kebodohan dan ketidakadilan sekiranya pernah saya lakukan kepada anda, secara sengaja atau tidak. Secara terang atau tidak, dan dengan fikiran yang waras mahupun dgn amarah dan bisikan iblis laknatullah. Saya juga dgn penuh rasa kasih, kasih kepada saudara seagama, mengakui memaafkan segala dosa, dan kesilapan sekiranya pernah kamu lakukan kepada saya, secara terang mahupun sebaliknya. Semoga kita menyambut Ramadhan dengan penuh rasa takut kepada Allah, takut kepada azabNya, dan takut kepada Neraka jahannam. Semoga kita penuhi masa Ramadhan, dengan pengampunan, taubat, dan kesucian hati. Amiin.

    Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-51. Semoga Malaysia terus aman dan makmur dibawah kepimpinan Perdana Menteri kita. Amin.