Keadaan kereta yang dirempuh treler dalam kejadian di Kilometer 294.1, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan susur keluar Gopeng, semalam.
Empat pekerja syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (PROPEL), maut manakala empat lagi parah dirempuh sebuah treler ketika sedang bekerja di Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran susur keluar Gopeng, dekat sini awal pagi semalam.
Nahas ngeri jam 4.30 pagi itu berlaku ketika mereka sedang menyambung kabel optik di lorong kecemasan di Kilometer 294.1 arah utara. Dalam kejadian itu ada mangsa tercampak ke dalam longkang dan terperosok di bawah treler.