Spekulasi perkahwinan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim, 38, dengan pelakon jelita, Lisa Surihani Mohamed, 25, akhirnya terjawab apabila pasangan berkenaan mengumumkan tarikh pernikahan dan majlis resepsi mereka di Putrajaya semalam.
Berita Harian hari ini melaporkan pasangan itu akan disatukan sebagai suami isteri di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya pada Jumaat, 23 Februari depan selepas solat Asar. Manakala majlis resepsi kedua-dua bakal pengantin baru itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya pada 26 Februari ini.
(more…)


