Tag: Lee chong wei

  • Chong Wei Mara Suku Akhir Badminton Olimpik 2012

    Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan berdepan pemain India, Kashyap Parupali pada perlawanan suku akhir selepas mengatasi Simon Santoso dari Indonesia pada pusingan kedua acara perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik 2012 di sini, malam tadi.

    Dalam saingan di Arena Wembley di sini, Chong Wei, pemain nombor dua dunia dan pilihan utama di sini hanya mengambil masa 34 minit untuk menjinakkan Simon 21-12, 21-18. Dalam pada itu, Kashyap terpaksa berkerja keras untuk melangkah ke suku akhir apabila menundukkan Niluka Karunaratne dari Sri Lanka 21-14, 15-21, 21-9 pada pusingan kedua.

    Chong Wei, pemenang pingat perak pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, berkata kejayaan kedua di sini meningkatkan keyakinan untuk menampilkan persembahan sebenarnya selepas tidak beraksi secara kompetitif selama dua bulan akibat kecederaan buku lali pada Mei lalu.

    “Saya menikmati setiap detik di gelanggang kerana semua berjalan lancar dan ia kemenangan yang mudah daripada dijangkakan. Saya mampu mengawal perlawanan dan ini memberi keyakinan yang lebih besar kepada diri saya.

    “Perlawanan pertama tiga set pada saingan kumpulan sebenarnya begitu baik kerana ia memberi latihan kepada saya untuk melakukan pukulan tertentu. Kini satu lagi halangan untuk dilalui dan dengan doa semua rakyat Malaysia, saya optimis untuk mara ke separuh akhir,” kata Chong Wei selepas saingan itu.

    Mengenai pertembungan suku akhir dengan Kashyap nanti, Chong Wei berkata beliau pernah bertemu dengan lawannya itu tetapi saingan Olimpik adalah tahap pertandingan yang begitu berbeza.

    “Di Olimpik, tiada lawan boleh dianggap mudah dan saya menjangkakan beliau akan memberi persembahan terbaiknya dan tidak ada ruang untuk leka,” katanya.

    – BERNAMA

  • (LIVE) Keputusan Akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011 Lee Chong Wei lawan Lin Dan

    (LIVE) Keputusan Akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011 Lee Chong Wei lawan Lin Dan

    Salam 1Malaysia, ketika ini berlangsung perlawanan akhir bagi kategori perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia 2011 antara pemain nombor satu, Datuk Lee Chong Wei dengan musuh tradisinya Lin Dan dari China.

    Saya akan memuat naik keputusan selepas tamat set pertama atau anda boleh saksikan siaran secara langsung di TV2.

    KEPUTUSAN PENUH
    Lee Chong Wei 1
    Lin Dan 2
    22-20, 14-21, 21-23

    20110814-081327.jpg

  • Lee Chong Wei Mara Akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011

    Malam ini Datuk Lee Chong Wei telah melakar sejarah peribadinya apabila melayakkan diri ke peringkat Akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011.

    Rakyat Malaysia menyaksikan perlawanan yang mengambl masa cuma 44 minit ini menerusi siaran langsung di TV2 yang dibawakan khas dari kota London. Pada perlawanan tersebut, Lee Chong Wei menang mudah keatas Chen Ji (China) dengan straight set, 21-13, 21-9 walaupun diberikan tentangan sengit pada perlawanan set pertama.

    Saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei dan semoga semangat Malaysia Boleh akan terus disemarakkan dalam perlawanan akhir nanti.