Tag: Kuala Tahan

  • Penuntut UiTM dekati masyarakat Batek

    Seramai 86 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam menjayakan Program Kembara 1Malaysia bagi mendekati masyarakat Melayu dan Orang Asli Batek di Hulu Tembeling dekat sini, baru-baru ini. Dalam program tiga hari dua malam itu, penuntut terbabit berkampung di Dedari, Taman Negara Kuala Tahan dekat sini.

    Projek anjuran bersama syarikat pelancongan Lubuk Bangkung Sdn. Bhd. dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM itu melibatkan pelbagai kegiatan amal, persembahan kebudayaan dan permainan tradisional. Penyelaras projek, Dzulkarnain Mazlan berkata, program itu memberi peluang kepada pelajar UiTM menyelami kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu Hulu Tembeling dan Orang Asli Batek.

    (more…)