
Barcelona menjulang trofi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah selepas menumpaskan Manchester United 3-1 pada final di Stadium Wembley, sebentar tadi.
Gol kemenangan Barca diperoleh menerusi David Villa pada minit ke-69 dan penyerang Argentina, Lionel Messi pada minit ke-54 selepas kedudukan terikat 1-1 tamat separuh pertama.
Barca mendahului pada minit ke-27 menerusi Pedro Rodriguez sebelum Wyane Rooney menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian. Messi turut dinobatkan Pemain Terbaik pada perlawanan final itu.
