Tag: kelas pertama uitm

  • Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman/Pembiayaan PTPTN Bagi Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas Pertama

    Terbuka kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS peringkat Ijazah Sarjana Muda yang mendapat keputusan Kepujian Kelas Pertama (bagi pelajar IPTS – terhad kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus yang mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

    • Pelajar-pelajar yang diluluskan pembiayaan (permohonan) sebelum 1 Julai 2005 masih layak untuk mendapat pengecualian bayaran balik dan tiada tarikh tutup permohonan bagi tajaan di atas.
    • Pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya bermula 1 Januari 2010 berdasarkan Kelulusan Senat dan memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak dipertimbangkan pemberian insentif penukaran pembiayaan pendidikan kepada biasiswa:
      • Mengikuti kursus secara sepenuh masa;
      • Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN;
      • Pembiayaan pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
      • Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen; dan
      • Kursus yang diikuti oleh pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
      • Dokumen permohonon pengecualian bayaran balik

    Pelajar yang berhasrat mendapatkan kemudahan ini perlu mengemukakan permohonan kepada PTPTN dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:

    • Surat permohonan rasmi
    • Sesalinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;
    • Sesalinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;
    • Akuan Pelajar PTPTN-P-04/4-2007 Pin.3 (klik sini) yang telah lengkap diisi; dan
    • Sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

    Nota : Semua salinan dokumen dan surat pengesahan hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan A di Bahagian Akademik IPT berkenaan sahaja.

    Pengkelasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) bagi semua program-program Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah seperti berikut:

    [table] KELAS KEPUJIAN, HIMPUNAN PURATA NILAI
    Pertama, 3.50 – 4.00
    Kedua (Tinggi), 3.00 – 3.49
    Kedua (Rendah), 2.20 – 2.99
    Ketiga, 2.00 – 2.19
    [/table]