Tag: Kelantan Terengganu

  • (LIVE) Keputusan Final Piala FA 2011: Terengganu lwn Kelantan

    (LIVE) Keputusan Final Piala FA 2011: Terengganu lwn Kelantan

    Piala FA 2011: Terengganu lawan Kelantan

    Sehingga minit ke 60, kedudukan masih lagi terikat 0-0 dimana kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati walaupun serangan dibuat berselang seli.

    67 – Daudsu mendapat peluang apabila penjaga gol Terengganu terlepas bola dan memberi tendangan sudut kepada Kelantan.

    68 – Ismail Faruqi dikeluarkan dan Nordin Alias dimasukkan oleh pasukan Terengganu.

    70 – Asakan Daudsu terhadap Zubir Azmi mengakibatkan dikenakan kad kuning kedua kepada Kelantan.

    74 – Shakir Ashaari menambah koleksi kad kuning Kelantan selepas membuat bentesan keras terhadap pemain Terengganu.

    79 – Nurul Azwan Roya menjaringkan gol pendahuluan melalui hantaran Shakir Ashaari sebelum membuat sepakan lambung menewaskan penjaga gol Terenganu, Sharbinee Alawee.

    85 – Sepakan lemah Nur Shahrul Idlan di dalam kotak penalti Terengganu ditangkap kemas Sharbinee.

    92 – Tandukan Marzuki Yusof terkena palang dan merupakan peluang terbaik kepada Terengganu untuk menyamakan kedudukan.

    95 – Kelantan mendapat sepakan percuma di luar kotak penalti selepas Zubir Azmi menjatuhkan pemain Kelantan.

    98 – Gerakan Abdul Manaf Mamat menyamakan kedudukan dengan gerakan cantik selepas lantunan bola tertanduk oleh Daudsu Jamaluddin.

    109 – Tandukan Reeshafiq Alwi dan disudahkan oleh Nordin Alias untuk meletakkan Terengganu di hadapan 2-1.

    115 – Kad kuning ke-12 perlawanan kepada Zubir Azmi selepas membentes pemain Kelantan.

    120 – Terengganu Juara Piala FA 2011 menewaskan Kelantan 2-1.

    (more…)