
Kelantan dinobat selaku juara Liga Super 2011 selepas berjaya menewaskan Sabah 2-1 pada perlawanan terakhir yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah malam tadi.
Kedua-dua gol Kelantan dijaringkan oleh penyerang kebangsaan Md Norshahrul Idlan Talaha yang mempamerkan sentuhan berbisanya seawal minit keenam separuh masa pertama dan menambah lagi koleksi jaringannya pada minit 73 separuh masa kedua.
Hasil kemenangan ke atas Sabah menyaksikan skuad The Red Warriors mengutip mata keseluruhan 56 mata sekaligus melengkapkan kejayaan merangkul gelaran juara Liga Super buat pertama kali dalam sejarah.
Kasut Emas musim 2011 Liga Super pula menjadi milik pemain penyerang Terengganu, Abd Hadi Yahya selepas membantu penyu membelasah Felda United 6-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Selangor.
