Tag: Internet

  • Isu coklat Cadbury carian utama di internet


    Pengumuman tentang kewujudan DNA babi dalam coklat Cadburry menjadikannya kata kunci utama carian di internet. Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.

  • 2008: Perkembangan Internet

    2008: Perkembangan Internet

    Perkembangan Internet di dunia menunjukkan peningkatan sebanyak 50 peratus setiap tahun dengan aktiviti menonton video dan mendegar lagu secara streaming meningkat secara mendadak. Pada masa yang sama, aplikasi web terbahagi kepada beberapa bahasa utama dunia seperti Inggeris, Hindi, Mandarin, Portugis dan Russia. Menjelang 2012, dijangka pengguna Internet di Asia termasuk 490 milion pengguna China akan mengatasi jumlah pengguna di Amerika Utara dengan nisbah 3 kepada 1 dan India akan menjadi kumpulan yang ketiga terbesar yang berada di atas talian.

    Jika carta imej di bawah dijadikan sebagai panduan, China kini sedang mendahului Amerika dengan perbezaan 2% jumlah pengguna Internet di dunia atau 253,000,000 (17%) pengguna berbanding Amerika dengan 220,000,000 (15%) pengguna Internet. Namun begitu, peratusan populasi pengguna Internet di China masih kecil iaitu 19% berbanding pesaingnya, 72.5%. Namun, jumlah ini telah sama sekali menunjukkan bahawa China adalah sebuah negara yang sedang pesat memajukan teknologi Internetnya akibat jumlah peningkatan yang mendadak sejak tahun 2002.

    The Exploding Internet

    (more…)