POPULARITI penyanyi kelahiran Lebanon yang mencetus fenomena di seluruh dunia menerusi lagu dakwah sememangnya tidak dapat disangkal. Dalam tempoh yang singkat, gelombang Maher Zain melanda di seluruh dunia dan negara kita turut tidak terlepas terkena tempiasnya.
Aura pemilik nama Maher Zain lain dari yang lain kerana dia tidak perlu mengejar populariti menerusi kontroversi tetapi sekadar menyampaikan lagu berunsurkan dakwah dalam bentuk kontemporari. – Utusan
[audio:http://www.adamroslan.com/wp-content/video/Maher Zain Inshaallah (Malay Version).mp3]