Tag: gapura biker

  • Konvoi: Perlis > Genting Highlands > Kuantan > Kuala Terengganu > Kota Baharu

    Wah wah.. panjangnya tajukk.. Semangat aja dengaq tajuk.. Sejak belakangan ni aku jarang online, taktau pulak sebab apa.. kadang² malas, kadang² sibuk dengan urusan duniawi.

    Topik malam ni, Konvoi. Kemarin aku join satu konvoi anjuran Gapura Bikers Club. Konvoi ni bermula pada pagi Sabtu, 17 Feb 2007 yang melalui bandar-bandar besar di utara Semenanjung dengan kekuatan 5 biji easyride dan 10 biji superbike. Disebabkan masalah-masalah tertentu, aku hanya join konvoi ni pada 19 Feb 2007 iaitu 2 hari selepas tarikh sebenar konvoi.

    Kali ni, aku dengan jentera Honda Shadow 600 PDV 5577 memulakan perjalanan bersama Suzuki DR 800 PCG288 yang dikemudi oleh bapak aku ke Kota Baharu. Memandangkan perjalanan bermula dari 17hb, aku telah ketinggalan beberapa destinasi yang menarik seperti Genting Highlands, Kuantan dan Kuala Terengganu. Walaupun hanya ke Kota Baharu, perjalanan yang jauh amat meletihkan.

    19 FEBRUARI 2007

    09.30 – Bertolak dari Kangar
    11.00 – R&R Gurun
    11.30 – Sik/Baling
    12.30 – Gerik
    16.00 – Jeli
    17.30 – Paloh Inn, Wisma Nordin, Kota Baharu
    18.30 – Pantai Cahaya Bulan
    20.30 – Makan Malam & Ronda Sekitar Kota Baharu

    20 FEBRUARI 2007

    12.00 – Bertolak dari Kota Baharu
    13.00 – Bukit Bintang
    16.00 – Pengkalan Hulu
    19.00 – Gurun
    20.30 – Arau

    Sekian. Maaf, gambar tidak dapat disertakan kerana kamera tidak dibawa bersama.