Tag: Finalis AJL

  • Menjelang AJL 25

    Malam ini, tepat jam 9 malam Anugerah Juara Lagu ke 25, panggung Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan dibuka dengan menyaksikan pertarungan sengit 14 buah lagu yang bertanding tahun ini.

    Tahun lalu memperlihatkan keunggulan gandingan komposer dan penulis lirik terkenal, Pete Teo dan Amran Omar dijulang sebagai juara menerusi lagu Pergi nyanyian Aizat.

    Manakala naib juara pula menjadi milik lagu Dan Sebenarnya karya sepenuhnya oleh Yuna sementara gabungan Audi Mok dan Faizal Tahir pula memenangi tempat ketiga untuk lagu Bencinta.

    Untuk tahun ini, karya manakah yang akan mengikut jejak langkah lagu Pergi dan 23 buah lagu lain yang pernah dinobatkan dengan gelaran Juara Lagu.

    (more…)