Alamak, dalam entri lepas, Sky Tee mengumpul 7507 mata dan menggungguli di hadapan. Dan hari ini ketika entri ini ditulis, beliau mengumpul 10,714; masih lagi di hadapan. Bagaimana agaknya dia mampu mengungguli kedudukan pertama walaupun hari ini dilihat semakin dicabar oleh Nicky Kuan (10,414) dan Himpunan Lawak Jenaka (8,400).

Carian di Google menemukan saya dengan satu posting di Facebook. Mungkin cara promosinya ialah 100% Facebook kerana saya tidak menjumpai Twitternya; berbanding Nicky Kuan yang mempunyai akaun Twitter dan Himpunan Lawak Jenaka yang terkenal dengan Fan Pagenya di Facebook.
