
Ketika rakyat Malaysia bersiap-siap untuk meraikan kemenangan, Thailand menyentak skuad Harimau Malaya apabila menjaringkan gol hasil sepakan percuma oleh Charyl Chappuis pada minit ke-82.
Dalam asyik membuat serangan balas, kealpaan barisan pertahanan dihukum selepas Chanathip Songkrasin menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87.