Tag: bisnes flash stamp

  • Idea bisnes flash stamp dari rumah

    Flash stamp atau biasa kita panggil cop adalah satu bisnes yang menguntungkan. Bermodalkan RM2,000 dah boleh mula dengan mesin khas. 


    Flash stamp gunakan foam untuk simpan ink. Rubber stamp pula guna getah. Dua dua ada kelebihan tapi flash stamp lebih mudah disiap, ambil masa dalam 15 minit. 

    Rubber stamp lebih murah, kosnya RM1 sahaja tapi prosesnya rumit. Kena bancuh, basuh dan keringkan. Sekarang, ramai dah guna laser untuk ukir rubber stamp. 

    Bisnes Flash Stamp Untung!

    Saya pernah obses tentang bisnes flash stamp dan rubber stamp ni, sampai cadang nak beli mesin RM30k! Haha. 


    Tapi, dengan modal rendah pun dah boleh jalan, tapi marginnya kecil. Contohnya, untuk satu handle yang ada ink, kosnya RM8-15 bergantung kepada saiz. Dijual pada RM25-30. Instant dapat jual lebih tinggi. 

    Kos dapat dikurangkan bila beli bulk. Saya pernah survey, beli 10 handle akan percuma 1. Jadi untung bersih dah satu unit. 

    Dengan untung RM15, target untuk jual sehari 1 unit. Buat combo dan jual di group setempat, lebih banyak untung. Maybe buat jual online juga. Masuk industri kraf yang tinggi juga permintaan kepada flash stamp. 

    Jual pada parents yang ramai anak, buat cop nama. Tak payah lagi tulis nama atas buku ? 

    Saya rasa pakej dari Usahawan.com ni sesuai untuk mula. Pandai marketkan, semua boleh buat duit!

  • Kit Perniagaan Kiosk Makanan dan Cetakan dengan Usahawan.com

    Ini memang berita baik bagi rakyat Malaysia mencari peluang untuk menjana pendapatan sampingan selepas masa kerja. Aku terjumpa laman web ni masa survey bisnes flash stamp atau cop segera. Aku akan kongsi peluang buat duit dengan bisnes flash stamp ni dalam entri akan datang. 

    Apa yang menarik laman web ni dah sediakan lebih 20 bisnes yang terus sedia jalan sebab bahan mentah dan kelengkapan perniagaan terus disediakan. Berbalik kepada kes flash stamp, kesemua mesin exposure, foam, dakwat dan stamp holder memang disediakan. Bawak balik terus boleh mula bisnes. Tambahan, katalog harga dan manual panduan dalam bentuk teks dan video jugak disediakan. Memang sangat membantu. 

    Apa yang menarik, kit perniagaan makanan macam waffle, kentang putar dan banyak lagi dijual dengan harga mampu milik. Bagi yang nak buat side income dengan cetakan baju, cetakan mug atau button badge memang disarankan ambil terus pakej yang diaorang offer. 

    Aku pun dengan sukarela kongsi laman web yang lengkap ni, supaya anda semua boleh pilih bisnes apa yang sesuai dan terus buat dari rumah. Salam kejayaan untuk anda semua.