Tag: astro

  • Liga Fantasi di Stadium Astro menjelang #Olabola


    Demam #OlaBola diceriakan lagi dengan Liga Fantasi OlaBola melalui Stadium Astro. Penonton yang berkeyakinan untuk menguruskan pasukan virtual anda sendiri dijemput untuk mendaftar menjelang bermulanya perlawanan pertama awal pagi ini. Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.

  • Video aplikasi Astro Go 2014 World Cup paling trending


    Semalam kami memaparkan aplikasi Astro Go 2014 World Cup App di Awani 7:45. Minggu ini, iklan video mengenai aplikasi itu merupakan yang trending nombor satu di Youtube Malaysia.

  • Pusat Tapisan Kandungan Satelit Astro di International Channel Presentation

    Pusat Tapisan Kandungan Satelit Astro di International Channel Presentation

    20111226-003157.jpg

    Hari ini Siti Jarum dalam ruangan pojokya dalam Pacaindera Mingguan Malaysia menyentuh tentang peranan Ahli Lembaga Penapisan Filem dalam Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang bertanggungjawab untuk menapis kandungan filem atau drama tempatan. Dia ada menyebut tentang peranan LPF dalam penapisan program Astro.

    Sebelum ini saya berkesempatan ke Pusat Penyiaran Asia Astro di Bukit Jalil dan berpeluang melawat beberapa kemudahan yang disediakan di sana bagi melengkapkan sebuah stesen televisyen satelit. Antara yang menarik perhatian saya ialah International Channel Presentation yang mana pusat tapisan kandungan daripada satelit sebelum disiarkan kepada pelanggan.

    Saya difahamkan, pihak Astro akan menapis iklan arak atau rokok dalam saluran sukan seperti ESPN dan menggantikannya dengan iklan tempatan atau ‘promo’ program mereka. Bagi membenarkan proses ini, penapis memerlukan jarak masa seperti dua minit untuk saluran sukan dan satu jam ‘delay’ untuk saluran hiburan seperti MTV dan sebagainya.

    ‘Delay’ bermaksud jarak masa yang diperuntukkan kepada jurutapis untuk menapis lalu siaran yang ditapis tersebut dihantar kepada pelanggan. Jadi, pelanggan tidak akan menerima iklan arak atau aksi artis barat yang keterlaluan. Walaubagaimanapun, beberapa babak masih terlepas kepada tontonan umum atas alasan memenuhi jalan cerita.

  • Kerajaan Sekat Hasrat Astro Naik Harga

    Jumaat lepas, Kabinet memutuskan Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada SKMM. Kabinet berpendapat Astro tidak wajar menaikkan sebarang tarif berkaitan perkhidmatan mereka.

    Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata berkata beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meneliti perkara ini.

    Rais berkata Astro seharusnya memikirkan tentang rakyat dan tidak sekaligus menaikkan harga sedemikian.

  • Infor: Astro TV Splitter

    Infor: Astro TV Splitter

    Sekadar memetik daripada artikel daripada SIM.Org.My berkaitan penggunaan satu dekoder Astro untuk banyak TV.

    Tamak kerana tawarkan lebih dari satu decoder dalam satu rumah, kemudian yuran langganan utk DMT kedua itu dikenakan pula 50% dari langganan DMT pertama iaitu sekiranya yuran DMT pertama RM80 sebulan, DMT kedua ialah RM40 sebulan. Ketamakan Astro menjadi-jadi bila hanya menawarkan DMT kedua kepada langganan yang melebihi RM80 sebulan saja, yang kurang RM80 sebulan, tak layak. Astro pandai mengumpan pelanggan dengan pemberian DMT percuma, kemudian mengikat pelanggan selama 24 bulan. Pelanggan pula kurang bijak, kerana tertarik dgn DMT Astro (yang harga tak seberapa) terpaksa tanggung yuran langganan selama 24 bulan. Sekiranya Astro mesra pelanggan, sepatutnya mereka perlu jual terus DMT tu pada pelanggan tanpa beri kad pintar kedua dan tak perlu bayar yuran untuk DMT kedua tu kerana ada teknologi yg membolehkan kad pintar dari DMT pertama itu dikongsi untuk beberapa DMT.

    Tak kisahlah kalau Astro sendiri yg memasarkan alat itu. Ada 3 jenis alat yg diberi nama card splitter ini.

    (more…)