Category: Muzik, Filem & TV

  • (LIRIK) Amira AF2013 – Sesaat Untukku

    (LIRIK) Amira AF2013 – Sesaat Untukku

    www.youtube.com/watch?v=VHwx5i2MEtA

    Kau datang lagi seperti selalu seperti biasa
    Kau tak pernah jemu temani ku dalam lena ku
    Kau buat ku merasa ku ada segalanya
    Kau buat ku merasa hidup ku sempurna

    Sentuh hati mu rasai kehadiran ku
    Buka mata mu lihatlah segalanya
    Agar kau tahu bahawa aku bukan wanita biasa
    Yang bisa kau sakiti

    (more…)

  • (MTV) Mawi feat AC Mizal – Al Haq… Yang Satu

    www.youtube.com/watch?v=QswA0UBPRek

    (AC Mizal)
    Ya Allah berikanlah daku petunjuk,
    Agar bisaku meneruskan hidupku,
    Agar bisaku berjalan di jalan yang lurus,
    Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
    Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
    Andainya ku pernah melukakan hatimu,
    Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
    Segala-gala suka dan duka,
    Tak pernah dapat ku lupa,
    Daku manusia biasa,
    Dibawa dosa pahala,
    Hidup di dunia cuma sementara,
    Janganlah leka jangan terpedaya,
    Antara kaca dan juga permata.

    (more…)

  • (SINOPSIS) Lagenda Budak Setan 2: Katerina

    Trailer Lagenda Budak Setan 2: Katerina

    Sinopsis Lagenda Budak Setan 2: Katerina

    Lagenda Budak Setan 2 – Katerina merupakan sebuah sekuel daripada Lagenda Budak Setan. Enam bulan selepas kematian Ayu, Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang. Melalui Athirah, anaknya, segala kasih sayang dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah.

    Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya. Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta.

    Katerina memperkenalkan Kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu.

    (more…)

  • Siaran TV Al-Hijrah ke Seluruh Negara Disember

    Siaran TV Al-Hijrah akan diperluaskan ke seluruh negara selewat-lewatnya akhir tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom.

    Beliau berkata kerajaan sedang menyusun spektrum yang lebih menyeluruh kepada negeri yang belum mendapat siaran itu seperti Kelantan dan utara tanah air.

    “Begitu juga kawasan-kawasan seperti di Negeri Sembilan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran sempena penganjuran Karnival Al-Hijrah peringkat negeri Terengganu, di sini hari ini.

    Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hijrah Media Corporation, Bukhari Che Muda.

    Mengenai karnival yang diadakan pada hujung tahun lalu itu, Jamil Khir berkata ia merupakan yang pertama diadakan di Terengganu dan memberi gambaran kemampuan pihak televisyen berkenaan melaksanakan karnival yang begitu bermakna.

    “Kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu yang turut memberikan kerjasama yang begitu tinggi termasuk juga tenaga dan kewangan bagi tujuan menjayakan karnival ini,” katanya. -Bernama