
Nur Amina mengambil keputusan tidak mengikut Adam pulang ke Malaysia untuk mencari ketenangan sebelum membuat keputusan untuk perkahwinan mereka. Adam meneruskan kehidupannya tanpa Nur Amina. Setiap hari, Adam akan menghantar email kepada Nur Amina untuk memberitahu tentang kehidupannya.
Aidil membantu ibu Aliya membuat kerja amal untuk sebuah pertubuhan. Datuk tertawan dengan sikap Aidil dan menawarkan Aidil untuk bernikah dengan anaknya iaitu Aliya.





Salam. Satu lagu lagu tempatan yang diberi nafas baru oleh band ST12 (Puspa) dari negara jiran, Indonesia. Lagu tulisan Search ini sebelum ini telah banyak kali disegarkan oleh Search bersama Jamal Abdillah dan Saleem. Namun, kali ini band dari Indonesia ini membawa pembaharuan kepada lagu ini. Kalau sebelum ini dikenali sebagai lagu yang killer, tetapi dinyanyikan secara bersahaja oleh mereka. Adam tetap menyokong usaha ini demi memperkenalkan lagu tempatan di negara jiran seperti Indonesia. Jangan dipanaskan isu ini sehingga membawa kepada soal kenegaraan yang telah berlaku untuk beberapa buah lagu yang lepas.