Category: Daily Craps

  • Radio Amateur Examination 1/2007

    Radio Amateur Examination 1/2007

    Gambar sekitar Peperiksaan Radio Amatur 2007 Zon Utara yang diadakan di USM Nibong Tebal pada 6 Jun 2007.

    image002.jpg

    Uceh, ada kereta kebal pulak atas highway ;-)

    image010.jpg

    Perkarangan Dewan Utama USM Nibong Tebal

    image004.jpg

    Mari-mari.. barang murah. Motorola TK-508 dijual dengan harga RM 380 per set.

    image008.jpg

    Dalam dewan peperiksaan.

  • Karnival ICT Kedah 2007

    Kedah ICT menganjurkan Karnival ICT Kedah 2007 yang berlangsung pada 8 hingga 10 Jun 2007. Banyak aktiviti menarik dianjurkan bagi mengisi karnival ini yang bertemakan “Broadband In Every Home”.

    Event

    1. Opening Ceremony
    2. Launching of “Broadband in Every Home
    3. ‘CELIK IT’ Programme
    4. PC Gaming Competition
    5. Mobile Gaming Competition
    6. Carnival ICT Showcase
    7. Carnival ICT PC Fair
    8. Carnival ICT Job Fair
    9. ICT Survey and Lucky Draw
    10. E-Colouring Competition
    11. Assemble PC Competition
    12. Cyberkids Camp
    13. Mini Explorace IT

    More info? KarnivalICT.com

  • Hari Belia 2007 & Kursus Pengurusan Pengakap Kelana 2007

    Hari Belia 2007 & Kursus Pengurusan Pengakap Kelana 2007

    15 Mei 2007 – Berada di

    Stadium Putra, Bukit Jalil untuk Perhimpunan Hari Belia 2007.

    16-17 Mei 2007 – Lepak di KL

    18-20 Mei 2007 – Berada di Rumah BP, Jalan Hang Jebat sempena Kursus Pengurusan Pengakap Kelana 2007

    Pics will uploaded soon..

    image021.jpg
    Bendera jahitan tangan terbesar digantung di Stadium Bukit Jalil.

    image022.jpg
    Menyambut tetamu di luar Stadium Putra.

    image025.jpg
    Suasana di dalam Stadium Putra

    image043.jpg

    Bunga api!

     

    image068.jpg
    Lepak di Putrajaya

     

    image101.jpg
    Otai Scout di BP House

     

    image104.jpg
    Perbincangan kumpulan

     

    image127.jpg
    Penutup!

  • Kursus Pengurusan Program Negeri Perlis 07/2007

    Kursus anjuran Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Port Dickson ini berlangsung pada 7 hingga 10 Mei 2007 di Akademi Pembangunan Usahawanan Belia Malaysia, Tronoh, Perak. Kursus ini diadakan bagi mendedahkan kepada para belia dan beliawanis tentang cara untuk mengendalikan atau menguruskan program bagi kelab atau persatuan masing-masing.

    Kursus ini diadakan serentak bersama Kursus Pengurusan Program Negeri Negeri Sembilan 08/2007. Kami bergabung tenaga dalam menjayakan kursus ini.

    Lagi berita dan gambar akan dimuatkan selepas ini.

    Lagi-lagi AFK!~

    15 – 16 Mei ~ Hari Belia Malaysia 2007 di Std. Bukit Jalil.

    17  – 21 Mei ~ Kursus Pengurusan Kelana, Rumah Pengakap, Jalan Hang Jebat.

  • Amelina – Di Dadaku Ada Kamu

    Minggu ni agak sibuk, sibuk dengan urusan mencari sponsor untuk Kelana Putra. Semalam sibuk menyiapkan kertas kerja bagi sponsor. Kelana Putra akan hidup dengan duit sponsor ni sepanjang berada di Jambori Melaka ke-6 pada penghujung bulan ini. Insyaallah, kalau ada rezeki tak kemana ya?
    Tengah tension menyiapkan kertas kerja tu, tangan yang gatal ni terbuka satu folder yang memuatkan ratusan lagu-lagu dangdut dan tak semena-mena tangan terklik pada Amelina – Di Dadaku Ada Kamu.mp3.

    Sama-sama dengarkan, Amelina – Di Dadaku Ada Kamu..

    Di mataku di hatiku
    Di jiwaku hanya ada kamu
    Matamu senyummu
    Buatku jadi tak tentu
    Hidungmu bibirmu
    Bergetar seluruh tubuhku

    Di dadaku di mimpiku
    Di diriku hanya ada kamu
    Gayamu caramu
    Buat tak lena tidurku
    Rambutmu kumismu
    Membakar gelora cintaku

    Resah gelisah
    Bila tak bertemu denganmu
    Siang malam terbayang-bayang
    Hari-hariku merindu
    Debar berdebar
    Bila berada di sisimu
    Tahan-tahan aku tak tahan
    Melepaskan rasa rindu
    Dekatlah padaku
    Sambutlah tanganku
    Cintaku hanya untukmu