Author: Adam Roslan

  • Bintang Seksyen 7

    Bintang Seksyen 7

    Selamat datang ke Shah Alam. Sedar tak sedar, hari ni dah hari keempat saya dan rakan-rakan di bumi Shah Alam. Minggu pertama menempuh alam ijazah. Minggu mula ni biasala, sibuk hafal kelas, sibuk nak daftar course, sibuk nak kenal jalan, sibuk cari port klia dan sebagainya. Sebenarnya saya tak berpeluang sangat pun nak meronda bumi Shah Alam ni sebab LC kesayangan belum lagi tiba. Hal ini berpunca daripada syarikat kurier jahanam yang saya gunakan untuk pos ke sini.

    P/S: Sumpah stailo Bintang Seksyen 7, model kertas.

  • Hosting untuk Blogger, RM60 setahun

    RS Hosting – Hosting untuk Blogger melancarkan pakej Blog-in-a-Box, yang mengandungi pakej domain .COM dan hosting sehingga 1GB menanti blogger-blogger untuk menaiktaraf blog mereka.

    Jika anda bercadang untuk memiliki blog .COM sendiri dengan bayaran yang munasabah, saya mencadangkan anda agar cuba pakej yang disediakan ini. Sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web RS Hosting @ www.rs.com.my

  • Derailleur baru

    Haha, ini projek gila punya. Cuti yang tinggal sisa kurang daripada seminggu, baru saya terlintas untuk menaiktaraf basikal tua yang tersadai di luar rumah. Petang tadi, bersama Carl Cedin ke Toh Lee Basikal untuk mencari gear. Istilah basikalnya ialah derailleur, seperti biasa, Shimano menjadi jenama pujaan. Dengan modal RM80, saya berjaya membeli set derailleur ini. Balik rumah terus buat eksperimen memasang. Lama sudah tinggalkan dunia basikal ni, hari ini baru nak mula balik. Buat balik basikal, baru rock!

  • Pasar Malam Kangar

    Pasar Malam Kangar

    Setiap hari Rabu, akan diadakan pasar malam di Perkarangan Stadium Utama Kangar. Pasar malam ini adalah yang terbesar di negeri Perlis. Sekiranya anda berpeluang, singgahlah ke sini untuk menikmati syurga makanan kerana pelbagai juadah makanan ada dijual di sini. Tidak lupa kepada ikan dan buah-buahan.

    (more…)

  • Bateri Baru

    Bateri Baru

    Dalam ingatan saya, hari ini masuk tahun kedua saya menukar bateri bagi jentera berat ini. Memang masalah bateri kerap berlaku bagi skuter model ini. Dalam kekalutan untuk menyipakan diri bagi pendaftaran di Shah Alam minggu depan, skuter ini sekali lagi buat hal. Untuk rekod, bateri ini dibeli di Peng Chooi Motor, RM90.

  • Biasiswa Yayasan Bank Rakyat

    Yayasan Bank Rakyat mempelawa anak-anak anggota Bank Rakyat yang berkelayakan untuk memohon biasiswa/pinjaman pendidikan boleh ubah(PPBU) bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta dan Institut Latihan Awam/Swasta di dalam negeri. Jumlah tajaan bagi biasiswa bergantung kepada peringkat pengajian seperti berikut:

    • Ph. D: Maksimum RM14,000 setahun
    • Ijazah Sarjana: Maksimum RM12,000 setahun
    • Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setahun
    • Profesional: Maksimum RM9,500 setahun

    SYARAT DAN KELAYAKAN PEMOHON
    Melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) di dalam negeri secara sepenuh masa.

    1. Syarat dan kelayakan akademik

    • a. Peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D)
      Perlu berkelulusan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Universiti berkenaan.
    • b. Peringkat Ijazah SarjanaSekurang-kurangnya berkelulusan:
      Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi.
    • c. Peringkat Ijazah Sarjana Muda
      Sekurang-kurangnya berkelulusan:
      Matrikulasi dengan CGPA 3.0 ke atas atau
      Sijil Tinggi Pelajaran (STPM) dengan 4A atau
      Sijil Tinggi Agama (STAM) dengan kelulusan yang setara dengan STPM atau
      Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas
    • d. Peringkat Program Profesional
      Sekurang-kurangnya berkelulusan:
      Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.0 ke atas atau
      Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas atau
      Lulus di peringkat 1 program profesional berkenaan dengan kelulusan setaraf dengan CGPA 3.0.

    2. Bidang pengajian

    • a. Ijazah Kedoktoran (Ph.D), Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dalam semua bidang pengajian (diiktiraf oleh MQA).
    • b. Program Profesional meliputi ACCA, CPA, CFP, CIMA, ICSA, MICPA dan program-program lain seumpamanya yang diiktiraf oleh industri.

    3. Syarat am

    • a. Umur tidak kurang dari 18 tahun semasa membuat permohonan biasiswa dan tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian (40 tahun bagi Ph.D sahaja).
    • b. Pelajar tahun pertama pengajian.
    • c. Seorang penjamin.

    BORANG DAN TARIKH TUTUP

    Tarikh tutup permohonan ialah 31 Julai 2010 dan klik sini untuk mengisi borang online.