≡ Menu

Tuntut Kredit Hilang Lebih Mudah dengan @Maxislistens

Salam 6 Ramadhan. Zaifira Fahanna tanya saya, macam mana nak claim kredit kalau semalam topup RM10 dan sekarang tinggalnya RM0.41 sen? Hari ini saya akan menceritakan pengalaman saya untuk menuntut kredit yang tiba-tiba hilang akibat penggunaan data Internet.

Penggunaan telefon pintar seperti Blackberry dan iPhone memang memerlukan penggunanya melanggan pelan data. Tapi, kadang-kadang pelan data yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi Merah (bukan nama sebenar) memang tak boleh pakai, dan kadang-kadang kita sebagai pengguna kerap tertindas dengan polisi mereka yang merepek-repek.

Satu masalah kenapa saya terpaksa guna Hot Tiket semasa menggunakan telefon pintar ialah bagi mengelakkan kredit kena potong. Bila guna Hot Tiket, anda tidak menggunakan kredit tetapi hanya mempunyai jumlah minit dan SMS terkumpul dan pembekal telekomunikasi tiada cara untuk mencuri kredit saya. Sekarang, Hot Tiket pun dah merepek jugak.

Oleh kerana mereka sudah berjaya memancing orang ramai menggunakan telefon pintar, hari ini mereka menukar pelan yang ditawarkan kepada satu pelan yang tidak masuk akan dan merepek. Anda boleh BBM dan bersosial tanpa email dan akses kepada Internet. Ini satu penganiayaan.

Berbalik kepada tajuk, saya menggunakan kemudahan @Maxislistens iaitu menghantar tweet kepada khidmat pelanggan kerana talian 1800 820 120 pun merepek juga sebenarnya, selalu sibuk dan menelan kredit anda. Alternatif, telefon 123 daripada telefon bimbit anda.

Apa yang anda perlu ialah tweet @Maxislistens atau @Firdaus_Maxis untuk bertweet dengan khidmat pelanggan Maxis atau Hotlink. Saya cadangkan anda agar tweet dengan mention @Firdaus_Maxis tentang masalah anda. Kemudian dia akan follow anda dan meminta anda untuk DM nombor telefon, dan mereka akan menelefon anda. Esoknya, dapat semula RM9 anda yang hilang!

Tuntut Kredit Hilang Lebih Mudah dengan @Maxislistens

P/s Bukan susah nak dapat, tapi kena cuba. Jangan kata entri ini menyokong Maxis, saya masih rasa tertindas dengan pelan mereka.

Other articles you might like;

7 comments… add one
  • akmalhilmi August 6, 2011, 4:51 pm

    boleh buat ek??aku pnh gak tetiba ilang kedit nieh tak tau dari mane
    heh
    Entri terkini akmalhilmi: LELAKI SEPERTI AKUMy Profile

  • Wadi AR August 6, 2011, 5:03 pm

    maxis suke cmtu. sbb tu sy xguna dah no mxs.
    Entri terkini Wadi AR: Situasi di BazarMy Profile

    • Adam Roslan August 6, 2011, 5:15 pm

      Kita ingat kita bayar RM20 termasuk Internet Browsing dsb, sekali kena cas. Memang mengamuk. Cara ni paling cepat untuk claim.

  • Wadi AR August 6, 2011, 5:24 pm

    tapi encik, sy mmg tak de twitter
    Entri terkini Wadi AR: Situasi di BazarMy Profile

    • Adam Roslan August 6, 2011, 7:30 pm

      Cik Wadi kena register Twitter, boleh kita saling follow nanti.

  • MAGDELYN MEM March 23, 2021, 10:32 pm

    Saya kena tipu 2000…mula nya lelaki tu cakap dari pihak maxis…cakap dia no saya menang 5000,kena top up 200 + 200 dulu bru dapat tengok balance 5000 tu kat atm….tapi bila dah top up 200….dia minta saya beli kad prabayar 100 dan send bagi produk maxis….dah tu…dia cakap bank nak cukai 200 jadi sy top up kat Parkson terus ke no saya….lagi duit itu di ambil….lepas tu…,nak top up 300 dulu bru dapat tengok semua balance kejab lagi….oh…alasan dia mahu top up gores 200….dia ambil juga dan ini pula alasannya dari pihak bank minta cukai 400…kata nya…last tu…memang buat saya panas….tolonglah kak….

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3