≡ Menu

Asus Transformer cubaan tewaskan pesaing

Jangan terlalu lama dengan teknologi yang dibawa satu syarikat saja. Cuba anda ubah selera dengan teknologi mudah alih melalui jenama ASUS yang mempunyai beberapa produk menarik untuk diteroka.

Tablet hibrid, Transformer Pad TF701 menyerlahkan kemajuan teknologi dengan kuasa pemproses NVIDIA Tegra 4 T40X Quad Core 1.9GHz.

Bersama skrin IPS 10.1 inci dengan resolusi 2560 x 1600 piksel, Anda pasti terpegun dengan gajet yang sesuai untuk kegunaan kerja dan hiburan yang dibantu RAM sebanyak 2GB.

ASUS turut menyediakan papan kekunci mudah alih yang mengagumkan di samping tetapan bateri membolehkan anda menggunakannya sehingga 13 jam tanpa masalah.

Berdasarkan teknologi audio SonicMaster, tidak mustahil peranti dengan berat tablet 585 gram ini berupaya mencipta kelainan dari aspek hiburan.

Mahukan tablet harga patut tapi berteknologi tinggi? Mungkin tiba masa anda mengenali tablet Memo Pad FHD 10 ME302C yang dihasilkan syarikat Taiwan.

Hanya dengan harga RM1,199, anda mampu mendapatkan tablet berskrin 10.1 inci bersama resolusi 1900 x 1200 piksel bersama pemprosesan 1.6GHz.

Pada masa sama, ia memperlihatkan memori RAM sebanyak 2GB, kamera 5.0 megapiksel dan bateri bertahan sehingga 10 jam. Tablet terbabit akan beroperasi pada Android 4.2 Jelly Bean.

Manakala tablet murah berharga RM699, Memo Pad 8 ME180A dilengkapkan dengan paparan lapan inci bersama format paparan 1280 x 800 HD serta pemprosesan Quad Core berkuasa tinggi tiada tandingan.

Beroperasi pada Android 4.2 Jelly Bean, tablet ini didatangkan dengan warna hitam, merah jambu dan putih.

INFO

ASUS TRANSFORMER PAD TF701
Harga: RM1,799 (sekali dengan dok papan kekunci)
CPU: NVIDIA Tegra 4 T40X Quad Core 1.9GHz
Saiz: 10.1 2560 x 1600 piksel WQVGA 300ppi
RAM: 2GB
Setoran: 32GB
Kamera: 1.2MP (depan), 5MP (belakang)
Bateri: 13 jam
Slot: MikroHDMI, mikroSD
Sambungan: Bluetooth 3.0, WiFi

ASUS MEMO PAD FHD 10 ME302C
Harga: RM1,199
Saiz: 10.1 inci
OS: Android 4.2
Resolusi: 1900 x 1200 piksel
Setoran: 16GB
CPU: 1.6GHz Intel Atom Z2560 Dual Core
Kamera: 1.2MP (depan), 5MP (belakang)
RAM: 2GB
Dimensi: 9.5 x 182.4 x 264.6mm
Berat: 580g

ASUS MEMO PAD 8 ME180A
Harga: RM699
Pemprosesan: ASUS Quad-core 1.6Ghz
OS: Android 4.2
Paparan: 8 WXGA (1280 x 800) LED
Kamera: 1.2MP (depan), 5MP (belakang)
RAM: 1GB
Setoran: 8GB
Bateri: Mampu bertahan 9 jam
Dimensi: 212.4 x 127.4 x 9.95mm
Berat: 350g

Oleh Afiq Hanif: Produk Baru: Cubaan tewaskan pesaing

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • Hafizul December 31, 2013, 11:31 am

    Perghhh sudah dah la..berkenan dah di hati ni..tunggu ada duit dan rezeki aje…
    Entri terkini Hafizul: Sayonara 2013My Profile

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3