Tag: pinjaman peribadi bank islam untuk pelajar

  • Biasiswa Yayasan Bank Rakyat/PPBU 2011

    Bagi rakan pelajar yang berminat untuk memohon biasiswa Yayasan Bank Rakyat atau Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta dan Institut Latihan Awam/Swasta di dalam negeri bagi kemasukan tahun 2011/12 anda digalakkan memohon melalui laman web rasmi Yayasan Bank Rakyat mulai sekarang.

    SYARAT DAN KELAYAKAN PEMOHON
    Melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) di dalam negeri secara sepenuh masa.

    1. Syarat dan kelayakan akademik
      • a. Peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D)
        Perlu berkelulusan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Universiti berkenaan.
      • b. Peringkat Ijazah Sarjana
        Sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi.
      • c. Peringkat Ijazah Sarjana Muda
        Sekurang-kurangnya berkelulusan: Matrikulasi atau SIjil Tinggi Pelajaran atau kelulusan lain yang setara denganya dengan CGPA 3.5 ke atas atau Sijil Tinggi Agama (STAM) dengan kelulusan yang setara dengan nilai CGPA 3.5 ke atas atau Diploma dengan CGPA 3.5 ke atas.
      • d. Peringkat Program Profesional
        Sekurang-kurangnya berkelulusan: Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.5 ke atas atau Diploma dengan CGPA 3.5 ke atas atau SPM dengan 7A ke atas. Lulus di peringkat 1 program profesional berkenaan dengan kelulusan setaraf dengan CGPA 3.5.
    2. Bidang pengajian
      • a. Ijazah Kedoktoran (Ph.D), Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dalam semua bidang pengajian (diiktiraf oleh MQA).
      • b. Program Profesional meliputi ACCA, CPA, CFP, CIMA, ICSA, MICPA dan program-program lain seumpamanya yang diiktiraf oleh industri.
    3. Syarat am
      • a. Umur tidak kurang dari 18 tahun semasa membuat permohonan biasiswa dan tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian (40 tahun bagi Ph.D sahaja).
      • b. Pelajar tahun pertama pengajian.
      • c. Seorang penjamin.
      • d. Tidak mendapat sebarang bantuan kewangan/biasiswa daripada mana-mana penaja lain.

    CARA MEMOHON

    Jika anda mempunyai kelayakan seperti di atas, anda boleh membuat permohonan melalui laman web rasmi Yayasan Bank Rakyat di sini.

    (more…)