Tag: iphone 4s

  • Pelan iPhone 4S Maxis untuk Semua

    Pelan iPhone 4S Maxis untuk Semua

    Pelan iPhone 4S Maxis untuk Semua

    Dalam entri terdahulu, saya ada kongsikan jadual perbandingan pelan iPhone 4S daripada Digi. Berbeza dengan Maxis, mereka menawarkan plan iPhone 4S dengan beberapa variasi, berdasarkan kehendak pengguna. Bagi pengguna biasa, mereka boleh melanggan pelan iValue serendah RM100 dengan 333 minit panggilan dan 200 SMS.

    Pelan Value Plus Internet 30 dan 50 pula menawarkan akses internet 250MB dengan 50 minit dan 50 SMS atau 250MB dengan 100 minit panggilan dan 100 SMS.

    Bagi pengguna tegar Internet, anda boleh mendapatkan kuota 1.5GB atau 3.5GB serendah RM50 atau RM75, tanpa minit panggilan dan SMS. Harga permulaan untuk sebuah iPhone 4S untuk pelan ini dengan kontrak 12 bulan ialah RM2,090.

    Jika anda pengguna Maxis sedia ada, anda boleh menaiktaraf telefon anda kepada iPhone 4S dengan bayaran minima RM48 atau RM68 untuk kuota 1GB dan 4GB.

  • Perbandingan Pelan iPhone 4S Digi, Celcom dan Maxis

    Perbandingan Pelan iPhone 4S Digi, Celcom dan Maxis

    Walaupun Apple Store mula menjual iPhone 4S Unlock pada harga RM2,199, pengguna masih perlu bergantung kepada pelan data yang disediakan oleh operator seperti Digi, Celcom dan Maxis.

    Jadual di bawah disediakan oleh Digi, yang membandingkan plan iDiGi88 yang kelihatan menawarkan lebih penjimatan berbanding Celcom 98 atau Maxis iValue 100.

    Serendah RM55 (selepas rebat Auto-billing), pelanggan akan ditawarkan data 1GB, 200 minit percuma ke semua operator, 200 SMS dan 20 MMS percuma.

    Pada pendapat saya, DiGi mampu menawarkan harga terbaik untuk pelan data iPhone 4S tetapi masih lagi terhad kepada kawasan yang mempunyai capaian 3G.

  • iPhone 4S Percuma dengan Digi Khas untuk Blogger

    iPhone 4S Percuma dengan Digi Khas untuk Blogger

    20111220-203801.jpg

    Selepas dilancarkan minggu lepas, iPhone 4S akhirnya boleh dibeli di Malaysia melalui laman stor Apple Malaysia atau melalui pembekal perkhidmatan telekomunikasi seperti Digi. Digi Telecommunication Malaysia hari ini memberi anda peluang untuk memiliki iPhone 4S secara percuma dengan hanya menyertai pertandingan yang dianjurkan khas untuk para blogger.

    Caranya mudah, dengan satu entri bermakna anda layak. Ceritakan kenapa anda mahu Digi berikan anda iPhone 4S dengan menjawab beberapa point yang Digi mahukan seperti yang dipetik daripada laman blog Nuffnang.
    (more…)

  • Miliki iPhone 4S di Apple Store Malaysia

    Miliki iPhone 4S di Apple Store Malaysia

    iPhone 4S Malaysia

    Peminat produk Apple hari ini mendapat berita gembira apabila produk terbaru Apple, iPhone 4S telah memasuki pasaran Malaysia untuk jualan. Selain membeli daripada penyedia perkhidmatan seperti Maxis, Celcom dan Digi yang menawarkan telefon pintar ini bersama pakej, anda boleh mendapatkan set iPhone 4S Unlocked yang boleh dibeli terus melalui stor Apple Malaysia.

    Harga bagi set Apple iPhone 4S ialah RM2199.00 tanpa sebarang kontrak. Jika anda berminat mendapatkan bersama plan Maxis, anda boleh membeli dengan harga RM 1450.00 dengan komitmen RM 100 sebulan.

  • Apple Lancar iPhone 4S dengan iOS5, Kamera 8MP, Pemproses Dwi Teras A5 dan Siri

    Apple Lancar iPhone 4S dengan iOS5, Kamera 8MP, Pemproses Dwi Teras A5 dan Siri

    Apple hari ini mengumumkan pelancaran iPhone yang diperbaharui yang dikenali sebagai iPhone 4S yang menolak ura-ura iPhone 5 yang akan dilepaskan.

    Produk terbaru ini akan dilengkapkan dengan sistem operasi iOS5 yang didatangkan dengan lebih 200 fungsi terkini, selain daripada teknologi kamera yang dipertingkatkan sehingga 8MP dengan bukaan aperture yang dibesarkan.

    Siri — aplikasi pintar berasaskan suara yang memerlukan pemilik memberi arahan suara untuk membalas SMS, membuat atau meminda peringatan dan kalendar selain daripada membuat panggilan dan mencari maklumat di Internet.

    Malaysia sekali lagi tidak dimasukkan dalam senarai edaran mereka dan mungkin mengambil masa sehingga beberapa bulan sebelum dibawa secara rasmi.