Tag: carta fulamak sinar

  • Sinar FM kini 3.82 juta pendengar

    SINAR FM kini merupakan radio nombor 2 Malaysia dengan bilangan pendengar berjumlah 3.82 juta, peningkatan pendengar kira-kira setengah juta orang daripada kaji selidik Ukuran Pendengar Radio oleh Nielsen sebelum ini.

    SINAR melakar sejarah apabila meletakkan diri ke kedudukan ke-2 selepas ERA dalam senarai stesen radio paling popular. Berjaya mengumpul 484,000 lagi pendengar, stesen Muzik Retro Terbaik ini sekarang memiliki khalayak pendengar seluas 3.82 juta orang – angka paling tinggi yang pernah dicatatkannya setakat ini. Dalam tempoh hanya satu tahun, iaitu dari April 2008 sehingga Mac 2009, SINAR menambah bilangan pendengar sebanyak lebih 1.2 juta, menjadikannya stesen radio paling cemerlang sepanjang jangka masa tersebut. Perkembangan ini menunjukkan trend pendengar yang menggemari kandungan muzik yang lebih matang, terutama lagu-lagu daripada era retro yang gemilang.

    (more…)

  • Fulamak Carta SMS Sinar Minggu 54

    Undi 30 lagu kegemaran anda dari senarai yang tertera atau calonkan yang baru. Dengarkanlah Fulamak Carta SMS Sinar di udara setiap Sabtu 9 pagi hingga 12 tengahari. Siaran ulangan pada hari ahad, 9 malam hingga 12 malam. Berbekalkan Carta SMS Sinar Minggu ke 54 ini, Adam akan sediakan carta yang membolehkan anda membuat direct streaming lagu-lagu pilihan anda. Jika anda bernasib baik, anda boleh memuat turun ke komputer anda!

    (more…)