Tag: ar rahnu

  • RHB Bank perkenal pajak gadai Ar Rahnu-i

    Bar Emas Public Gold

    Ar Rahnu-i ialah skim pajak gadai Islam yang membolehkan barang kemas diguna pakai sebagai jaminan untuk tunai. Pihak Bank akan menyimpan emas sebagai cagaran dan mengenakan bayaran untuk perkhidmatan penyimpanan. Pihak Bank akan memberi pinjaman kepada Pelanggan dimana jumlah yang diberi akan dinilai berdasarkan harga pasaran emas.

    Jumlah pinjaman yang diberikan walau bagaimanapun, adalah lebih rendah daripada nilai barang kemas bergantung kepada peratusan yang ditentukan oleh Bank dan jenis emas tersebut. Tempoh simpanan barang kemas dan fi ditentukan terlebih dahulu dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak (Bank dan Pelanggan). Pada tempoh matang, jumlah pinjaman mesti dibayar balik kepada Bank dan barang kemas yang digunakan sebagai cagaran akan dikembalikan kepada Pelanggan.

    Tiada faedah akan dikenakan ke atas apa-apa jumlah yang tertunggak. Walau bagaimanapun, jika pinjaman tidak dibayar balik dalam tempoh masa yang dipersetujui, Bank mempunyai hak untuk melelong barang kemas tersebut.

    Ar Rahnu-i RHB Bank layak kepada individu 18 tahun ke atas untuk memajak barang kemas dan Emas 999, 950, 916, 860, 835 dan 750 (tanpa batu permata).

    (more…)

  • Ar Rahnu Agro Bank tidak terima pajakan syiling dan bar emas selepas 16 Mei

    Ar Rahnu Agro Bank tidak terima pajakan syiling dan bar emas selepas 16 Mei

    Ramai Master dealer Public Gold hari ini mengumumkan berita tidak rasmi tentang Ar Rahnu Agro Bank tidak lagi akan menerima pajakan syiling dan bar emas selepas 16 Mei 2011.

    Agro Bank tidak terima Gold Bar dan Syiling Emas

    Saya masih menanti berita rasmi daripada Agro Bank untuk kepastian. Jika sebelum ini mereka mengubah polisi dengan memberikan 65% kadar pinjaman daripada 70% kadar pinjaman sebelumnya. Para pemain emas sudah pasti akan mengubah strateginya selepas ini.

    (more…)

  • Pinjaman Pajakan Ar Rahnu Agro Bank kini 65%

    Ar Rahnu Agro Bank Klang mengumumkan bahawa mereka telah mengubah polisi pinjaman wang pajakan kepada 65 % berbanding kemudahan pinjaman 70% sebelum ini. Perubahan ini sedikit sebanyak mempengaruhi rancangan para pelabur emas. Apa perancangan selepas ni?