≡ Menu

Perhubungan Sihat dan Tidak Sihat

Salam. Hari ini seperti hari-hari sebelum. Yang bezanya cuma Adam dan rakan ke Stadium Negara dan Rumah BP di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur menghadiri Taklimat Perhimpunan Pengakap Malaysia Sempena 100 Tahun Berpengakapan 2009. Mari, kita kongsi sikit maklumat cinta tentang “Perhubungan Sihat Dan Tidak Sihat” dalam percintaan. Baru Adam tahu bahawa ‘busybody’ adalah dikategorikan sebagai yang tidak sihat ya.

Apakah itu perhubungan?
Perhubungan ialah interaksi sosial di antara dua individu atau lebih.

Peringkat-peringkat perhubungan
Perhubungan bermula dengan minat dan mungkin bertukar menjadi nafsu berahi atau perasaan saling sayang menyayangi. Cinta mengikut nafsu melibatkan perasaan berahi, tarikan fizikal dan selalunya berakhir dengan kegagalan perhubungan. Sayang menyayangi pula melibatkan persahabatan, ikatan dan komitmen ke arah perhubungan yang kekal iaitu ikatan perkahwinan.

Apakah perhubungan sihat?
Perhubungan sihat adalah sesuatu yang positif. Di dalam perhubungan sihat, remaja lelaki dan perempuan:

  • Yakin dan selesa dengan diri mereka sendiri dan juga orang lain
  • Saling bergembira
  • Saling mempercayai dan jujur
  • Saling menghormati pendapat, perasaan dan kepercayaan orang lain
  • Tidak mengkritik atau mencaci sesama sendiri
  • Menerima seseorang itu seadanya
  • Dapat menyelesaikan perbezaan pendapat melalui perbincangan
  • Tidak mengongkong orang lain
  • Boleh menyatakan tidak kepada sesuatu (termasuk seks)
  • Saling berjumpa bila perlu
  • Saling sokong menyokong

Apakah perhubungan tidak sihat?
Perhubungan yang tidak sihat berlaku apabila wujud perasaan bengis, tidak hormat, mengongkong atau terdapat unsur penderaan dalam perhubungan seperti:

  • Tidak membenarkan anda berinteraksi dengan orang lain
  • Tidak membenarkan anda meluangkan masa bersama keluarga
  • Sentiasa ingin memeriksa dan mengambil tahu aktiviti anda
  • Mengaibkan atau mengkritik anda
  • Memaksa anda mengikut kehendak mereka
  • Membuatkan anda berasa takut untuk tidak bersetuju atau menyatakan tidak
  • Cuba mencederakan anda atau diri sendiri jika anda ingin memutuskan perhubungan
  • Boleh bertindak kasar dan ganas terhadap anda
  • Memeras ugut / mengancam anda

* Artikel dipetik daripada Blog Koleksi Cinta. Gambar dengan Canon 50mm f/1.8 di PhotoCamp UiTM Melaka 2008.

Other articles you might like;

6 comments… add one
  • enchekcamera April 24, 2009, 4:07 am

    HUHUHU
    tu laa
    skg dh makin mjadi2

    * bru lps tgk crita BOHSIA…
    *bosan citer tu

  • Adam April 25, 2009, 1:23 am

    enchekcamera: HUHUHU
    tu laa
    skg dh makin mjadi2* bru lps tgk crita BOHSIA…
    *bosan citer tu

    Bila nak belanja tengok BOHSIA? Sempena dah abis paper neh boleh kan. Haha.

  • ubey April 25, 2009, 7:20 am

    hoho. tips bercinta. ada certain part tu.. hehe. mmg x sihat. haha. kene ubah ni

  • Adry April 25, 2009, 12:40 pm

    owh… ada sihat tak sihat rupanya.. hehehe… nice info!

  • loq April 25, 2009, 2:33 pm

    dulu mase jahil…
    pernah gak tejebak dgn bende2 sosial nih..huhu
    tapi skarang dah agak matang…
    bende2 macam tu sudah lama dilupakan

  • Adam April 25, 2009, 2:59 pm

    loq: dulu mase jahil…
    pernah gak tejebak dgn bende2 sosial nih..huhu
    tapi skarang dah agak matang…
    bende2 macam tu sudah lama dilupakan

    Alhamdulillah sebab dah sedar kan. Kalau tak, sampai bila nak terjebaknya? ;)

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Next post:

Previous post: