≡ Menu

(SINOPSIS) Episod Akhir Drama Soffiya Slot Akasia

(SINOPSIS) Episod Akhir Drama Soffiya Slot Akasia TV3

Akhirnya, drama bersiri yang menjadi sebutan rakyat Malaysia akan sampai ke penamatnya petang ini. Episod terdahulu memaparkan Fiona akan dimatikan dalam ensiden yang begitu tragis. Nantikan kesudahan kisah cinta Soffiya dengan Kamal, Ilyas dan Muiz dalam drama Soffiya slot Akasia TV3 jam 7.00 malam.

Sinopsis Drama Soffiya TV3 Di Slot Akasia

Drama ini di bintangi oleh pelakon popular Tiz Zaqyah yang memegang watak sebagai Soffia, beliau merupakan seorang gadis yang lincah dan periang, ayah soffiya merupakan seorang doktor dan ibunya pula sering mengalami masalah kesihatan, selepas berlaku satu kejadian yang hitam, rutin hidup soffiya mula berubah, dia menjadi seorang yang pendiam dan murung, nasib buruk terus menimpa Soffiya sehinggalah dia dimasukkan kedalam penjara, dan baru ketika itulah dia mula mengenal erti cinta. Namun Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri, dan Soffiya pun berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, tidak cukup dengan itu, ketabahan Soffiya terus diuji sekali lagi bila mana cinta pertamanya sebelum ini adalah merupakan anak tirinya sendiri. via Liza Razak

Other articles you might like;

8 comments… add one
Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3