≡ Menu

Maharaja Lawak Mega: Kedudukan Minggu ke-3

Maharaja Lawak Mega: Kedudukan Minggu ke-3

Kalau bukan kerana duduk di rumah, saya tak berpeluang langsung nak tengok (tonton) Maharaja Lawak Mega walaupun disiarkan secara langsung di Shah Alam kerana banyak sebab. Tapi malam ni, saya cuba ikut beberapa video yang baru sahaja dirakam selepas tamat siaran Maharaja Lawak Mega di Astro Warna. Dengan teknologi yang ada sekarang, video yang baru ditayangkan di TV sudah boleh diupload ke Youtube. Sama hebat juga Sokernet, yang mana video gol sudahpun diupload walaupun perlawanan masih berlangsung.

Rupa-rupanya, hari ini sudahpun masuk minggu ketiga Maharaja Lawak Mega, saya tak pasti pula dengan Masterchef Malaysia. Jadi, selepas saluran undian SMS Maharaja Lawak Mega ditutup, Astro mengumumkan keputusannya untuk minggu ini. Pimai mendahului dan Anje tersingkir.

  1. 1. PIMAI
  2. 3G
  3. BOBOI
  4. SAEHU
  5. OSBON
  6. HIRO
  7. JALIL HAMID
  8. BAWEL
  9. BAWAL POWER
  10. ADLIN
  11. SYOK
  12. ANJE (tersingkir)

Saya tahu, menyiarkan video orang lain tanpa kebenaran adalah salah, tapi suka untuk saya kongsikan di sini video kumpulan Pimai yang saya fikirkan terbaik untuk minggu ini.

Other articles you might like;

3 comments… add one
Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3