≡ Menu

Iklan Kontroversi 8TV Ramadhan Diharamkan

Sekali lagi rakyat Malaysia dihidangkan dengan sebuah iklan berbaur perkauman dan mencetuskan kontroversi di stesen 8TV. Selepas iklan Fantasi Aidilfitri pada tahun lepas, kali ini mereka kembali lagi.

Walaupun pada asasnya iklan ini bertujuan memberitahu kepada bukan Muslim supaya menghormati orang Islam yang berpuasa ketika mereka berada di tempat awam atau ke pasar Ramadhan. Isu menegur ini dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang merasakan situasi ini sebenarnya tidak betul.

Pada pendapat saya, orang bukan Muslim di Malaysia sudah sebati dengan cara hidup orang Islam dan mereka sangat menghormati penganut Islam yang berpuasa. Contohnya semasa di zaman sekolah mereka dilarang untuk makan secara terbuka dan dibenarkan makan di sudut terpencil di kantin sekolah.

Rakan-rakan bukan Muslim saya sendiri menghormati kami yang berpuasa dan perkara ini sepatutnya tidak boleh dijadikan isu kerana mereka sudah lama hidup bersama dengan kita dan ada juga yang sanggup ‘berpuasa’ demi menjaga hati rakan-rakan dan masyarakat sekeliling. Isu yang diketengahkan oleh pengarah iklan ini mungkin terlalu keterlaluan kerana menganggap mereka langsung tidak menghormati rakan-rakan mereka yang berpuasa.

Menurut sumber, iklan ini sudahpun ditarik siarannya di 8TV tetapi disiarkan secara meluas melalui laman web Youtube. via Shell Razali

Other articles you might like;

21 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3