≡ Menu

Borang Tuntutan Yuran Pengajian Pelajar UiTM Tajaan MyBrain15

BORANG TUNTUTAN MYBRAIN

Pihak MyBrain15 telah menyediakan satu borang khas bagi tuntutan yuran pengajian pelajar tajaan MyBrain15 yang telah membuat pembayaran menggunakan wang sendiri.

Untuk pengetahuan, pelajar perlulah mengisi borang tersebut dengan lengkap dan hanya borang yang lengkap sahaja akan diproses oleh pihak MyBrain15.

Pelajar perlulah sertakan bersama:

  1. Borang Tuntutan Yuran Pengajian yang lengkap dan disahkan. Sila muat turun melalui pautan di bawah.
  2. Resit Asal Pembayaran atau Surat Pengesahan Pembayaran yang disahkan oleh Pejabat Bendahari.
  3. Salinan Muka Surat hadapan buku akaun atau penyata bank yang disahkan oleh Pejabat Bendahari.

* Pengesahan hanya boleh dibuat oleh pegawai Pejabat Bendahari UiTM Gred 41 dan ke atas sahaja.

Pihak MyBrain15 memaklumkan tidak menerima borang tuntutan yang di ‘scan’ atau penghantaran borang tuntutan melalui emel.

Untuk makluman juga, pelajar dinasihatkan untuk menghantar sendiri borang yang lengkap tersebut ke pihak MyBrain15 secara ‘walk-in’ atau pos ke KPM (Unit MyBrain15). Walau bagaimanapun, pihak Zon 16(Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar) boleh membantu dalam penghantaran borang tersebut tetapi, hanya bagi borang tuntutan yang telah lengkap sahaja.

Bagi sebarang pertanyaan/permasalahan tentang pemakaian borang tersebut, bolehlah terus menghubungi pihak MyBrain15 iaitu En Harib (03 8870 6351). Borang Tuntutan boleh dimuat turun di sini.

Other articles you might like;

2 comments… add one
Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3