≡ Menu

Kena Ada Seorang Sebagai Punca Gembira

Ini adalah cerita merepek versi pertama selepas sebulan berada di Shah Alam. Gua rasa kesian dekat blog ni sejak gua masuk sini dah tak macam terurus. Kalau sebelum ni hari hari update, sekarang nak dapat seminggu sekali pun susah. Bukan tak ada cerita, tapi tak boleh nak komited menulis.

Sama macam semester lepas, sibuk. Semester ni double sibuk. Kalau belajar saja memang tak masuk akal la sibuk, tapi memandangkan dah nak habis semester dah, gua cuba untuk jadi lebih daripada orang lain. Sana sini gua masuk, bawah sikit ja level gua dengan MPP yang hari hari dok mesyuarat yang politiknya nak jaga kebajikan rahyat marhein.

Harini gua rasa kemuncaknya, dalam masa dua jam ada dua mesyuarat yang gua join disamping telefon tak lepas dari tangan sebab satu urusan tiga penjuru dari Sri Pentas dengan Flat PKNS dan Pusat Sukan. Bagi orang dalam meeting mungkin fikir mamat ni sibuk SMS dengan marka, atau yang matang sikit akan fikir mamat ni sibuk betul dalam mensyuarat pun mensyuarat lagi.

Habis mesyuarat, gua fikir benda bukan bukan sebab sana sini dok telefon nak comfirmation, sana janji pukul 3 pukul 4 tak muncul. Kan senang takyah janji? Kalau laki bini bolehla merajuk sebab datang lewat. Masa itu emas katanya.

Dalam pada nak balik, gua fikir nak makan. Pada masa pulas minyak gua dok memikir kedai mana nak beli. Kedai makan area market Seksyen 6 dah semakin melampau, dulu nasik lauk ayam RM3 harini dah RM3.50. Lagi satu kedai nasik lauk ikan sayoq RM4.50; nasik lauk ayam sayoq RM4.50, nasik lauk teloq masin sayoq pun RM4.50. Memang sistem lumpsump dia pakai. Kedai lain tak kaji lagi.

Masa yang sama orang orang di rumah dok menanti teh ais. Segala masalah dalam kepala hilang bila teh ais berjaya sampai di rumah. Moral of the story is berfikiranlah positif. Kena Ada Seorang Sebagai Punca Gembira. Sekian.

Other articles you might like;

5 comments… add one
Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3