≡ Menu

Backup WordPress secara automatik dengan Softaculous Backup

Backup

Baru baru ini, saya ‘terkena’ dengan sebuah syarikat hosting di Malaysia. Kesemua fail dan data saya hilang dalam satu proses perpindahan pelayan. Kebiasannya, penyedia akan menyediakan backup harian, mingguan atau bulanan.  Lebih menyedihkan, tiada sandaran (backup) harian disediakan oleh penyedia tersebut. Jadi, mereka restore data saya dengan sandaran terakhir mereka pada bulan lepas.

Selepas daripada itu, apa yang saya belajar ialah cuba buat sandaran sendiri dan jangan bergantung kepada penyedia kerana mereka tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan fail atau database. Mungkin dalam promosi ada menawarkan sandaran harian, tetapi bila berlaku kehilangan data, kita yang merana.

Oleh yang demikian, terdapat beberapa cara untuk membuat sandaran (backup) melalui akses CPanel. Saya sarankan anda menggunakan fungsi sandran dalam Softaculous. Berikut adalalah langkah-langkah menyediakan sandaran melalui Softaculous.

1. Klik Softaculous. Kemudian klik WordPress > Overview.

2. Current Installations akan memaparkan WordPress yang sudah di pasang di dalam server. Kemudian klik pada Edit, dengan ikon kertas dan pensel.

3. Buat tetapan pada Automated backups mengikut pilihan sama ada harian, mingguan atau bulanan. Backup Rotation pula jumlah sandaran yang disimpan, sebelum dipadam dengan sandaran yang baru. Saya pilih Once a day dan 3.

Autobackup Softaculous

4. Kemudian klik Edit Installation Details untuk simpan.

Atau, jika anda bercadang untuk membuat sandaran secara manual, sila ikuti langkah-langkah di bawah.

1. Klik Softaculous. Kemudian klik WordPress > Overview.

2. Current Installations akan memaparkan WordPress yang sudah di pasang di dalam server. Kemudian klik pada Backup, dengan ikon Folder dan Kunci.

3. Masukkan maklumat yang berkenaan dan klik Backup Installation.

Backup WordPress secara automatik dengan Softaculous Backup

Other articles you might like;

5 comments… add one
Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3