≡ Menu

Panduan Tukar Milik Kenderaan Secara Sukarela di JPJ

Panduan Tukar Milik Kenderaan Secara Sukarela di JPJ

Menukar hakmilik kenderaan di JPJ amatlah mudah sekiranya kita membuat sedikit kajian sebelum ke JPJ. Sekiranya kita terus menyerang JPJ, mungkin anda terpaksa beberapa kali berulang alik ke JPJ yang berkenaan. Bagi yang tidak mempunyai masa, anda boleh sahaja melanggan perkhidmatan yang disediakan oleh MyEG – Sistem Tukar Milik Sukarela dengan bayaran yang minima.

Tukar Hak Milik Kenderaan dilaksanakan di bawah Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana sebarang tukar hak milik kenderaan mesti dimaklumkan kepada Pengarah JPJ Negeri dalam tempoh 7 hari. Saya fokuskan panduan ini kepada Kenderaan Persendirian seperti motorsikal dan kereta. Bagi kenderaan perdagangan, anda boleh rujuk laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, di sini.

Berikut adalah senarai borang/dokumen yang diperlukan bagi memastikan proses tukar hakmilik ini berjalan dengan lancar. Borang ini juga boleh didapati di kaunter JPJ atau muat turun melalui pautan yang disediakan.

  1. Dua (2) salinan Borang Senarai Semak TM-1 (Pind. 1/2012);  TM-1
  2. Dua (2) salinan JPJK3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik berdaftar dan pemilik baru; Borang JPJ K3
  3. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2);
  4. Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik berdaftar dan pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) * Bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja;  TM-AB
  5. Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil)
  6. Surat/Keratan pembatalan tuntutan hakmilik pemilik berdaftar (selain e-Hakmilik);
  7. Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa (selain motosikal)

Isi borang yang berkenaan, kemudian hantarkan permohonan di kaunter JPJ berdekatan. Bayaran untuk proses menukar hakmilik ialah RM3.00 untuk motorsikal dan RM20.00 untuk kereta.

Borang/Dokumen Bagi Situasi

Dokumen yang disenaraikan di atas wajib diserahkan dalam beberapa situasi tertentu.

1. Penjual dan Pembeli Hadir ke JPJ

  • Sekiranya penjual dan pembeli hadir ke JPJ untuk mejalankan proses menukar nama, borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela oleh Pemunya Berdaftar (JPJK3) [Muatturun] mestilah diisi sebanyak dua (2) salinan.
  • Perakuan Kenderaan Asal (JPJK2) – Lebih dikenali sebagai geran kenderaan berwarna merah hati.
  • Salinan Kad Pengenalan Penjual dan Pembeli

2. Penjual Hadir ke JPJ

  • Jika penjual tinggal jauh dengan pembeli, seperti Selangor dan Melaka. Penjual perlu melengkapkan borang di bawah, kemudian disahkan oleh Pegawai JPJ Selangor dan di pos (bersama geran kenderaan) kepada pembeli di Melaka. Pembeli akan meneruskan proses menukar hakmilik di JPJ Melaka.
  • Jika Penjual yang meneruskan proses menukar hakmilik, Pembeli perlu mengisi borang TM-AB atau JPJ-SAB02-2; dan JPJK3 dan dipos kepada Penjual.
  • Di JPJ, Penjual perlu mengisi borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela oleh Pemunya Berdaftar (JPJK3) [Muatturun] mestilah diisi sebanyak dua (2) salinan.
  • Salinan Kad Pengenalan digunting dan ditampal dalam borang Penyaksian Pengesahan Identiti Pemunya Berdaftar/Pemunya Baru oleh Pegawai JPJ/Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret/Konsular Kedutaan Malaysia (TM-AB) [Muatturun] dan disahkan di hadapan Pegawai JPJ.

3. Pembeli Hadir ke JPJ

  • Dalam situasi di atas, Penjual telah mengisi borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela oleh Pemunya Berdaftar (JPJK3) [Muatturun]. Pembeli perlu melengkapkan maklumat berkenaan pembeli/pemilik baru kenderaan.
  • Sekiranya Penjual tidak dapat hadir ke JPJ dan mengisi borang Penyaksian Pengesahan Identiti Pemunya Berdaftar/Pemunya Baru oleh Pegawai JPJ/Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret/Konsular Kedutaan Malaysia (TM-AB) [Muatturun], Penjual mestilah mengisi Borang Akuan Penjual (JPJ-SAB01)-1 [Muatturun] beserta salinan Kad Pengenalan Penjual dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

Keperluan Borang TM-AB, JPJ-SAB01-1 dan JPJ-SAB02-2

Borang TM-AB wajib diisi oleh Pembeli dan Penjual dan disahkan oleh Pegawai JPJ. Sekiranya Pembeli dan Penjual tidak dapat ke JPJ berhampiran, mereka perlu mengisi borang JPJ-SAB01-1 atau JPJ-SAB02-2 bersama salinan Kad Pengenalan dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

Insurans dan Cukai Jalan

Proses menukar hakmilik akan menjadi lebih mudah sekiranya insurans dan cukai jalan tamat tempoh (expired). Sekiranya masih berjalan, anda hanya boleh menukar pada hari terakhir cukai jalan dan insurans tamat tempoh. Contohnya, cukai jalan tamat pada 18 Mei (hari ini), anda hanya boleh tukar pada 18 Mei (hari ini) dan selepasnya, 19 Mei (esok). Proses tidak dapat diteruskan hari ini (18 Mei) sekiranya cukai jalan tamat pada 20 Mei. Begitu juga dengan insurans.

Semoga panduan ini sedikit sebanyak membantu anda dalam menjalankan proses menukar hakmilik kenderaan persendirian.

Other articles you might like;

7 comments… add one
Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3