≡ Menu

Suzuki Belang R150

Yang terbaru, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd telahpun mengeluarkan motorsikal underbone Suzuki Belang R150 untuk bersaing dalam kelas 150cc yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat motorsikal di Malaysia.

Dengan rekabentuk yang aerodinamik dan dikuasakan dengan 150cc jenis DOHC dengan 4-Injap transmisi 6 kelajuan, sistem penyejukan Suzuki Advanced Cooling System (SACS) — berfungsi dengan menyembur minyak secara terus pada bahagian bawah omboh untuk penyejukan yang lebih efektif dan suspensi monoshock untuk serapan yang lebih efisien dan kelihatan lebih sporty. Belang R150 juga dilengkapi dengan penghidup elektrik dan kapasiti petrol 4.9 liter.

Selain daripada itu, motorsikal ini juga dilengkapi dengan sistem brek cakera berukuran 290mm, speedometer Digital LCD yang senang dibaca, dan sebuah takometer analog dan sistem Suzuki Drive Mode Switch (SDMS) yang mempunyai 3 pilihan mod tunggangan yang dapat dipilih secara bergilir. Mod-mod ini adalah mod tunggangan biasa, mod tunggangan ekonomi dan mod tunggangan kuasa.

  • Mod Tunggangan Biasa –Mod ini adalah mod tunggangan biasa yang tidak mengutamakan ekonomi ataupun kuasa dan tidak menunjukkan tanda ECO / PWR.
  • Mod Tunggangan Ekonomi (ECO) – Mod ini digunakan untuk menyelaras penggunaan petrol pada kadar yang paling menjimatkan. Lampu penunjuk akan menyala secara otomatik bagi menandakan bahawa revolusi enjin berada pada tahap optima untuk penjimatan petrol.
  • Mod Tunggangan Power (PWR) – Mod ini digunakan untuk tunggangan agresif. Lampu penunjuk akan menyala secara otomatik bagi menandakan bahawa revolusi enjin berada pada tahap optima untuk daya kuasa pecutan maksima.

Suzuki Belang R150 didatangkan dalam variasi 2 warna iaitu kombinasi warna dwi-ton Autumn Red/New Titan Black serta Dark Grey/New Titan Black dengan stok rim sukan 10 jejari yang ringan dan stabil. Suzuki Belang R150 telah meletakkan satu tanda aras baru dalam segmen motosikal sports kategori pertengahan.

Untuk tungganguji, sila kunjungi pengedar sah Suzuki yangi berdekatan anda atau hubungi Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd pada talian 03-5569 9258 untuk keterangan lanjut. HARGA: RM7,570.00

BELANG R150 SPECIFICATIONS
Engine type 4-stroke, air-cooled, DOHC
Bore (mm) 62.0
Stroke (mm) 48.8
Piston displacement (cm³) 147
Compression ratio 10.2 : 1
Carburetor MIKUNI BS26SS
Starter system Electric & kick starter
Lubrication system Wet sump
Clutch Wet, multi-plate type
Transmission 6-speed
Drive system RK428HSB, 120 links
Front suspension Telescopic, coil spring, oil-damped
Rear suspension Swingarm type, coil spring, oil-damped
Front brake Disc brake
Rear brake Disc brake
Front tire size 70/90- 17 M/C 38P tube type
Rear tire size 80/90- 17 M/C 44P tube type
Ignition type Electronics ignition (CDI)
Spark Plug CR8E or DENSO U24ESR-N
Battery 12V 20.5KC (5.7AH) / 10HR
Headlight 12V 32/32W + 18/18W
Fuel tank 4.9 litres
Engine oil Without filter change – 1,000ml
With filter change – 1,100ml
Overall length 1,960 mm
Overall width 650 mm
Overall height 980 mm
Wheel base 1,280 mm
Kerb Weight 108 kg

Other articles you might like;

74 comments… add one
  • mamat October 6, 2010, 3:10 am

    betol ke mter belang ni berat boleh caye ke,ada bukti ke

    • m@t October 16, 2011, 5:10 pm

      145 belang,,,LC out dah..xcye..CUBE!!!

  • rocket October 8, 2010, 12:35 pm

    Tak tau la based on information yang aku tau…4stroke gempak mana dekat sini pun still tak bole beat 2stroke tu je….kalau ade pun tu yang betul2 kuat la…Kalau betul power la dekat musc cyberjaya apasal 4stroke yang cc besar tu tak combind race dengan 2stroke tu je…tapi cerita standard la…ade thread2 lain aku baca belang kena tapau dengan lc..

    • iqqiJB January 5, 2011, 10:40 am

      stakat 2stroke pjam mate lg bdk2..belang kne tapaw ngn lc ok lg..125z kne tapaw ngn honda c70 pe cite lak???rxz kne tapaw ngn szuki v100 pe kes lak???org cuma nk tgk ketahanan enjen die je..bkn nk kire laju..law nk laju sgt kwn ak de nk tolak R1..beli la bru laju..

    • shakir suzuki February 16, 2012, 9:58 pm

      klo 4 lejang nk fight gn 2 lejang mmg sush cket,klo cc 125 nk fight gn 4 lejang,kna 125 vs 200 cc 4 lejang baru bole lawan..
      stakat 125 vs belang bole men la tp hujung 125 bole mnang..
      klo nk adil cm td sy ckp 125 vs 200,sbb 2 lejang n 4 lejang pnya ratio mmg ketara bezanya…:)

  • kraken November 20, 2010, 11:55 pm

    btl.. sy setuju dgn rocket. klu 4 stroke ni wlupun cc dia tinggi, klu lwn dgn 2 stroke.. mmg x blh kejar punya. mtr sy pakai rgv 120 jer.. klu lps servis piston, setakat LC, 125z, rxz, sawgun, EXpai abis semua sng2 jer sy kitai.. sy igt nak beli belang 150 ni, tp lepas sy tau mtr ni 4 lejang terus kensel.. sy peminat jentera suzuki 2 stroke. harap suzuki dpt mengeluarkan suzuki 2 stroke berkuasa 150cc. terima kasih..

  • aepulnizam November 26, 2011, 7:32 pm

    ehhh,suzuki belang 150 ni x pkai 2t ka,,,sila jawab

  • shakir suzuki February 16, 2012, 9:45 pm

    salam,
    meter belang ni mmg berat gla,sbb mter dy ikot meter keta…
    1 lg cabel speedometer dy xdk,dy gna laser shoot tros ke sprocket dpn,that’s y la meter dy berat,stakat ‘laici’ to,bole tapaw la..
    meter ‘laici” mmg kecoh…
    meter “laici” 160km,meter belang 140km ja(dh test dh)..
    klo owner “laici” to fly pon,belang bole stay sblah g,wthout fly..ha
    belang mmg xpkai 2t,n ad coolen..
    bpa kli kitaorg g sepang,”laici’ brtrabur tpi jln,coz mnyak enjin kring,haha bnda ni ramai yg xthu..
    motor lain “sngle” cam,tp belang “twin cam”..hahah
    cukup la info belang stakat ini…adios

    • Rokis Mijen January 5, 2015, 9:34 pm

      Bro nk minta pendapat, cane nk bg belang ni bleh lari..?

  • cronos March 20, 2012, 1:48 pm

    aku minat gak ngan belang ni. sayang tank kecik. tapi kalu stendet, kompem RXZ, 125z, RGV etc menang. 4stroke mana boleh lawan 2-stroke. Kalu ada yg belang menang tu, conform dah modi or mamat motor lain tu x power. aku pakai sagun la ni. tgh tunggu jugak bila la suzuki keluar 150 baru yang power. Kalu difairingkan dan ditangki besarkan belang ni, ok jugak.

  • belang raider March 24, 2012, 5:11 pm

    2 tahun lebih dgn belang,top speed tegak 130km/h,tundok g 140km/h,superman tak pernah cuba sbb bukan mat rempit.top speed tapau semua kapcai 4 stroke kecuali lc135 modi…dia boleh ikut belang mungkin laju sikit sikit lah….tak ke mana pun..budak lc suka cucuk angin angin aje….tunjuk ego masa turun bukit…cuba try naik bukit

  • rocket June 17, 2012, 12:48 pm

    Biasa aje aku tengok belang tu.Kalau dekat sprint test musc 4stroke & 2 stroke still separate.Kenapa dia tak combind sekali.Sama jugak macam cub prix, catatan masa terbaik still 125z lagi sampai sekarang walaupun 4stroke dah monopoli cub prix begitu jugak dengan sprint test 125z jugak yang pegang atau pun rxz.Pakai motor ni ni ikut cita rasa sendiri la.Mana yang pekenan dihati terus la pergi meminang.

  • ayopfaizal September 24, 2012, 8:35 pm

    Suzuki Belang R150 vs Yamaha 135LC Malaysia Speed Comparison*:
    135LC speedometer (km/h) 90 | 100 | 110 | 120 | 130 | 140 | 150 | 160 | 170 | 180
    Actual speed (km/h) 69.4 | 77.0 | 84.8 | 92.4 | 100.2 | 107.8 | 115.6 | 123.2 | 131.0 | 138.6

  • ayopfaizal September 24, 2012, 8:36 pm

    moto aku tgk 140km jer lc kat belakang…pick up 125 kene tapau tp top speed saing sbb moto member starndart modi aku starndart banngang…wakaka

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Next post:

Previous post: