≡ Menu

Semak keputusan peperiksaan UiTM dengan Office 365

Selamat pagi! Hari ini adalah hari yang dinanti. Keputusan bagi peperiksaan akhir semester akan diumumkan. Bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk menyemak melalui e-mel, anda boleh buat semakan melalui portal pelajar UiTM, iStudent mulai 9 pagi.

Sebagai alternatif, siswa dan siswi boleh menyemak keputusan melalui kiriman e-mel di inbox Office 365 yang diberikan secara percuma!

Anda mungkin tidak perasan bahawa UiTM telah memberikan inbox sebesar 7GB ini secara percuma. Untuk semak, sila ke http://portal.microsoftonline.com. Gunakan nombor pelajar anda sebagai username. Semoga berjaya!


IMG_7350.JPG

Other articles you might like;

3 comments… add one
  • Pondok Papan September 3, 2014, 8:58 pm

    Huhu..kiranya database dengan office 365 la tu kan?
    Entri terkini Pondok Papan: Takut Nak Beli Resepi Putu Bambu OnlineMy Profile

  • Hafizul Helmi Jah'roni November 21, 2016, 5:30 pm

    Kepada sesiapa yang mengalami masalah untuk login Microsoft Office 365: Alhamdullilah, saya dah jumpa dah jalan penyelesaiannya. Pada pendapat saya, salah satu sebab mengapa kita tidak boleh login adalah password emel itu sendiri. UiTM jadikan no I/C kita sebagai password emel. Sekarang, Microsoft meletakkan syarat bahawa password tersebut hendaklah mengandungi huruf kecil, huruf besar serta nombor atau simbol dan juga tidak boleh mengandungi no. ID dan I/C.

    Oleh itu, caranya adalah kita kena tukar password emel tu. Bagaimana? Folow step by step di bawah. Korang juga boleh rujuk panduan yang saya sediakan bersertakan screenshot di dalam fail .pdf ini,
    https://drive.google.com/open?id=0ByLaPyNz6-joYlkyRzRvZ0kxTkU

    1.Pergi ke laman emel https://portal.office.com.

    2.Seperti mana korang login menggunakan emel @isiswa.uitm.edu.my dengan password no I/C korang, dia kata “We don’t recognize this user ID or password”, betul? Klik “Can’t access your account?” di bawah situ

    3.Taipkan huruf & nombor yang terdapat dalam gambar tujuannya untuk membuktikan korang bukan robot. Kemudian klik “Next”

    4.Lepas tu dia kata “We couldn’t verify your account”. Jangan risau. Di bawah tu, “If you’d like, we can contact an administrator in your organisation to reset your password for you”. Klik “contact an administrator”

    5.Kemudian dia kata “Your admin has been notified”. Microsoft akan hantar satu mesej ke dalam emel korang. Pastikan emel itu adalah “current email” yang korang masukkan dalam student portal. Tunggu sehingga lebih kurang 6 jam/esok/lusa/atau lebih lama barulah korang terima mesej tersebut. Jika bernasib baik, mungkin korang dapat lebih awal

    6. Apabila dah dapat mesej tu, korang akan nampak “temporary password”. Sekarang pergi semula ke laman emel https://portal.office.com

    7.Kali ni login menggunakan temporary password tersebut.

    8.Untuk tukar password, seperti yang saya kata sebelum ini, Microsoft tidak benarkan guna nombor ID dan I/C. Masukkan password yang mengandungi huruf kecil, huruf besar serta nombor atau simbol

    9.PERHATIAN : Ada sebahagian daripada korang akan menerima emel yang mengandungi kod untuk “verify” email “@isiswa.uitm.edu.my” masing – masing. Dan juga kalau diminta “authentication email”, masukkan email peribadi yang biasa dan bukan email @isiswa.uitm.edu.my

    Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah whatsapp saya +6016-741 7928 atau Instagram @hafizulhelmijahroni . Sekian, terima kasih

    • Hafizul Helmi Jah'roni November 22, 2016, 2:44 pm

      PEMBETULAN!!! PEMBETULAN!!! DARIPADA NOMBOR 9 ATAU DOWNLOAD FAIL .PDF YANG SUDAH SAYA PERBETULKAN,
      https://drive.google.com/open?id=0ByLaPyNz6-joa2pIeGhmdFZwUjg

      Selepas korang tukar password & klik “update password and sign in”, klik “set it up now”.

      Bila korang pergi ke page baru, dekat situ ada tulis “Authentication email is not configured”. Klik “Set it up now”

      Untuk “authentication email”, masukkan email peribadi yang biasa dan bukan email @isiswa.uitm.edu.my . Klik “email me” untuk menerima emel yang mengandungi kod untuk “verify” email masing – masing. Saya mohon maaf kerana saya telah kata “sebahagian” tetapi SETIAP ORANG.

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3