≡ Menu

Selamat Ulang Tahun Sayang

Adam memetik sebuah tajuk Imran Ajmain daripada album Punca dan Tindakan. Cerita yang sebenarnya ialah bermula apabila Adam menerima satu SMS daripada Hotlink yang berbunyi:

KHAS UNTUK ANDA! Kini anda boleh menikmati kadar TERENDAH 17 sen/30 saat ke semua nombor Maxis/Hotlink dengan 4 tahun hari aktif! Buat panggilan sekarang juga! (31707)

Kalau berdasarkan SMS tersebut, hari ini merupakan hari ke 1440 Adam bersama dengan Hotlink. Jadi, untuk menyambutnya mereka hadiahkan kadar 17 sen/30 saat dan Adam hadiahkan lagu ini kepada mereka. Sebenarnya, apakah kadar paling rendah untuk panggilan di Malaysia? Jika anda berada dalam plan Hotlink Youth Club, anda akan mendapat kadar serendah 12 sen/minit, jika anda berada dalam pakej Celcom U.O.X atau Celcom S.O.X anda akan mendapat kadar 10 sen/minit. Sehingga kini Adam amat berpuas hati dengan kadar Celcom U.O.X yang jauh lebih murah daripada Maxis. Mungkin Maxis boleh menurunkan lagi kadar sebagai tanda penghargaan pengguna ‘setia’ mereka seperti Adam.

Lirik Lagu Selamat Ulang Tahun Sayang – Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Other articles you might like;

7 comments… add one
  • cha September 5, 2009, 5:50 am

    syok bace blog adam

  • beliamuda September 5, 2009, 8:40 am

    eh, kadar UOX lagi rendah ek? Aku pakai dua2 maxis n cel… patut la payah sangat nak abeh kredit skg.. hehe.. nasib baik exp lambat lagi.. (^_~)v
    .-= beliamuda´s last blog ..Pilihan Raya Kecil – ADUN Bagan Pinang Meninggal Dunia =-.

    • Adam September 8, 2009, 9:06 am

      Buat masa ni, Hotlink Youth Pack adalah yang termurah. 10 sen per minit. Rasa beruntung kita sebagai pengguna kalau provider ni bersaing nak dapatkan harga yang lebih murah.
      .-= Adam´s last blog ..Selamat Ulang Tahun Sayang =-.

  • haritz September 5, 2009, 12:49 pm

    1440 Adam bersama dengan Hotlink, lama tu

    • Adam September 8, 2009, 9:08 am

      Dari Tingkatan 3 rasanya. Time tu mula bercinta. Jadi SMS satu medium untuk berhubung. Time tu SMS 15 sen kot. Haha. :)
      .-= Adam´s last blog ..Selamat Ulang Tahun Sayang =-.

  • Viere September 6, 2009, 2:27 am

    UOX hanya jimat pada kadar 8 orang teman saja. Tapi maxis kepada semua rangkaian maxis tanpa mengira teman @ tak. Rasanya lagi jimat k0t buat yang dok sibuk 24h. hehe

  • Adam September 8, 2009, 9:10 am

    Terima kasih atas informasi. Rupanya sayang jugak Maxis kat aku. Dia dah lama transfer aku ke plan Hotlink Youth Club secara automatik. Benda ni aku perasan bila aku check Account Information di menu *100#.
    .-= Adam´s last blog ..Selamat Ulang Tahun Sayang =-.

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Next post:

Previous post: