†Sahabat adalah sahabat, jangan selitkan cinta yang melampau.†– Shahkang
Sedang melepak dan memikirkan segunung kerja yang sedang menanti (terutamanya EE), aku teringatkan perihal sahabat dan cinta yang kadang-kadang memutar fikiran menjadi sesuatu yang tidak menentu.
Petikan satu hariku di KMB
Seperti biasa aku menjalankan kehidupan seperti biasa – ke DS mengambil makanan, ke kiosk berasak-asak mengambil nugget atau samosa. Tetapi hari ini tampak berbeza dengan yang lain. Aku tidaklah dilanda perasaan tertekan yang melampau tapi aku sengaja membuat gaya malas atau garang ketika bertemu dengan rakan-rakan. Dihiasi muka seribu tidak bermaya.
Begitulah fil yang tunjukkanku sepanjang hari itu – kurang ceria. Namun dalam hatiku sama sahaja, mungkin mood untuk bertegur sapa sedikit lesap. Dan aku bertemu sahabat itu, seperti selalu iaitu di laluan koop, papan tanda DS, hadapan PSP, concourse filku tetap sama. Langsung tidak ceria. Aku tahu rakan-rakanku sememangnya tahu kadang-kala aku bersikap begitu, bukan bermakna bermasalah tapi sengaja dan aku pasti semua memahami.
Pulang ke bilik setelah lelah sepanjang hari ditaburkan di kelas bersama guru, dan aku memperoleh mesej dari sahabat itu,“Tengok macam ada masalah ja? Awat?â€.
Tiba-tiba detak jantung bagai tersentak. Tidak pernah terlintas untuk memikirkan dia akan menghantar mesej begitu dan aku seakan-akan terharu dengan sikapnya yang mengambil kisah itu. Lantas aku hanya membalas yang aku tidak mempunyai apa-apa masalah. Mungkin hormon kegembiraan atau kegalakkan bertegur sapa dirembeskan sedikit hari ini.
Setelah hampir 4 bulan berlaku, aku memikirkan kembali hal itu dan aku rasakan persahabatan itu begitu indah – tak kira dengan lelaki atau perempuan. Saling mengambil berat, demi kemaslahatan masing-masing.
Dan kadang-kadang aku berasa risau jika rasa cinta berbunga. Perosak persahabatan. Cuba katakan saya menyukai sahabat itu dan kemudian meluahkan kata cinta padanya dan dia menolak. Saya pasti nilai persahabatan itu sedikit terhakis dan agak sukar untuk kembali mesra seperti dulu.
Tetapi masalah ini normal bagi pendapat saya, setiap manusia mempunyai perasaan dan kecenderungan untuk mencintai seseorang tetap ada. Itu naluri. Walaupun anda beragama dan warak, cinta itu tetap hadir. Jika tidak kepada sesama manusia, cinta kepada Yang Esa.
Janganlah merosakkan persahabatan dengan caca merba cinta dan perasaan.
Cinta memang sesuatu yang sukar diungkapkan, bukan sekadar memberi bunga atau hadiah. Ia mengenai satu tanggungjawab besar, dan hendaklah disalurkan dengan cara yang betul dengan menolak tepi elemen maksiat yang mungkin timbul. Maksiat merupakan duri kepada kasih sayang pasangan zaman sekarang.
Biarlah kita sekadar sahabat, dan cinta kita kepada sahabat berpancangkan cinta kita kepadaNya. InsyaAllah kita terhindar dari maksiat, yang penting adalah niat. Seperti mana seorang guru membantu murid, begitulah kita menghulurkan tangan kepada sahabat yang memerlukan. Bukannya meletakkan cinta duniawi (cinta zaman sekarang- nak berpasangan) semata-mata, kerana itulah pemusnah persahabatan.
Tapi saya tidakkan anda tidak boleh bercinta dengan sahabat anda apabila tiba masa yang sesuai,cuma caranya kena betul dan profesional. Jika anda meluahkan cinta ketika sedang belajar dan rakan anda itu menolak, apa yang selalu saya lihat adalah wujudnya satu hubungan dingin selepas itu. Ini yang saya katakan sebagai pelingkup. Maka, cubalah jadi profesional dan janganlah asyik fikir mengenai cinta tatkala pelajaran harus diutamakan.
“Nak couple konon, ’spender’ pun mak bapak beli†– kata-kata dari seorang sahabat yang memetik dari kenalan yang lain (pujangga tak bernama)
Percayalah kerana saya biasa merasai dan sebenarnya saya tujukan artikel ini untuk diri saya yang lemah ini juga.
* Posting ini dipetik daripada posting asal Shahkang kerana Adam memang ada terniat untuk membuat posting seperti ini tetapi disebabkan oleh kekangan masa Adam tidak dapat berbuat demikian. Terima kasih kepada Shahkang kerana entri yang sungguh bermotif ini. Suka saya di sini ingin menegaskan bahwasanya persahabatan itu lebih indah daripada percintaan yang kita tak tahu kesudahannya.
Other articles you might like;
†Sahabat adalah sahabat, jangan selitkan cinta yang melampau.â€
anda telah memberi inspirasi kpd sy..:)
bule sy pinjam ayt2 hikmat 2…nk letak kt blog sy…
heheh…