≡ Menu

Produk susu segar Happy Farm ditarik balik Giant

20140805-000031-31544.jpg

Salam. Dua hari lepas saya dan Abyan ke Banting untuk berurusan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat. Dalam perjalanan pulang kami singgah ke Giant Banting.

Antara barangan yang termasuk dalam senarai membeli belah ialah susu segar berjenama Happy Farm. Esoknya, saya dapati susu tersebut sudah berbau dan menjadi dadih. Lantas kami ke Giant Kinrara – untuk menukar, cadangnya.

Kami diarahkan ke kaunter khidmat pelanggan untuk membuat refund atau menukar dengan barangan baru.

Memandangkan kami beli di Giant Banting, mereka tidak membenarkan sebarang refund di Giant Kinrara. Alasannya kerana gain dan loss, maksudnya jika refund di Kinrara mereka akan rugi dan memberi untung percuma kepada Banting.

Kemudian saya meminta agar produk tersebut digantikan dengan yang baru. Sayangnya, produk tersebut telah ditarik balik kerana kerap mendapat laporan bahawa susu cepat menjadi busuk.

Kesimpulannya, kami tidak ke Banting untuk tukar dan kerugian RM13.99 kerana polisi Giant yang pelik.

Other articles you might like;

5 comments… add one
Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3