≡ Menu

Piala AFF Suzuki 2010: Laser Hijau, Siapa Mula Dulu?

Insiden perlawanan Malaysia dan Indonesia pada perlawanan Final Pertama Piala AFF Suzuki 2010 dihentikan selama lima minit pada minit ke-55 menjadi isu panas pada perlawanan tersebut selepas kerap dikomplen penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina. Kejadian tersebut memaksa kelibat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah turun padang untuk memperbetulkan keadaan.

Pendedahan video yang dimuat naik oleh peminat tempatan (disunting daripada video rasmi AFF melalui laman web mereka) sedikit sebanyak telah membuka pekung pasukan Indonesia yang bermain taktik ini semasa kekalahan Malaysia kepada Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan.

Jika benar faktor kekalahan Indonesia adalah kerana laser hijau, mereka perlu tanya kepada diri sendiri apa penyokong mereka buat di Stadium Gelora Bung Karno yang lepas. Bukan nak tuduh pasukan mana yang main laser, tapi realitinya geng laser ini ada di mana-mana sahaja.

Sekadar hiburan untuk meraikan kemenangan sebelum sepakmula Final Kedua Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Glora Bung Karno pada Rabu ini ;)

Other articles you might like;

46 comments… add one
  • sukur December 27, 2010, 3:03 am

    kita sepatutnye balas dgn guna spotlight..
    Entri terkini sukur: 500 BLOG!My Profile

  • cakapbisa December 27, 2010, 4:37 am

    huh.. pecah tembelang.. indonesia mula dulu dan mungkin kalau ada jg penyokong malaysia buat, dorang mau balas dendam kot… tak tau la.. :)

  • optionshift3 December 27, 2010, 8:26 am

    Sangat setuju… malah Malaysia bermain dengan baik selepas laser hijau tersebut dihentikan… walaubagaimana pun siapa yang buat tue memang tak berfikir panjang.
    Entri terkini optionshift3: Kemenangan Malaysia keatas Indonesia Bukan Kerana Laser PointerMy Profile

  • wazy December 27, 2010, 11:24 am

    nah
    dah terbukti sapa yang buat laser tu kan
    semua dah ada dalam video ni
    apa-apa pun tahniah buat pasukan Malaysia

  • Que December 27, 2010, 11:46 am

    Biaq pi la dorg..Malaysia dah buktikan..Kita pon boleh pkai laser n benam dorg di tempat kita
    Entri terkini Que: Piala AFF Suzuki 2010 I Garuda Tempang Diratah Harimau MudaMy Profile

  • sollehahn December 27, 2010, 12:11 pm

    memang isu laser dah timbul di indonesia…cuma kita yang tak besarkan masalah ni…
    Entri terkini sollehahn: Ini BUKAN untuk lelaki!My Profile

  • cakapbisa December 27, 2010, 12:18 pm

    ya.. kemenangan malaysia adalah mutlak dan bukan disebabkan oleh leser.. :)
    Entri terkini cakapbisa: Hujan Emas – Kebangkitan Skuad MalaysiaMy Profile

  • maverick December 27, 2010, 3:04 pm

    dulu piala thomas pun sama gak…indon cakap pandai…

  • zuarxpdc December 27, 2010, 5:15 pm

    hanya selangkah lagi untuk mencipta sejarah baru bola sepak negara^_^

  • rashid December 27, 2010, 7:14 pm

    dah la…manusia memang suke buat silap…pape pun ramai gak yang marah pasal nih…aku yang tengok kat TV pun meluat…tak kesah la sape punya angkara…

  • mi@ December 27, 2010, 11:45 pm

    indon kecoh .. silau dr kepala keeper indon 2 lg mengganggu vision ape … player msia steady jek xD
    But kn .. y x kite consider gak .. kalau2 ade org ke 3 .. i mean selain indon and msia yg wat angkara nie .. saje nk tgok msia and indon cat fight … jeng3
    Entri terkini mi@: Dinousaurs Extinction TheoryMy Profile

  • cakapbisa December 28, 2010, 1:58 am

    mia, aku rasa bole jadi jg benda cm 2, maybe ada pihak ketiga yg tak puas ati dengan kita n indonesia. sengaja wat kita porak peranda..:)
    Entri terkini cakapbisa: Hujan Emas – Kebangkitan Skuad MalaysiaMy Profile

    • Adam Roslan December 28, 2010, 2:09 am

      Jangan sampai jadi kes luar padang sudah lah. Tengok apa yang ‘orang jahat’ tu nak buat di Indonesia nanti.

  • MiLo SuaM December 28, 2010, 4:37 am

    Ha ha ha indon kantoi, baca citer ni kat kosmo td…

  • Acap December 28, 2010, 7:36 am

    kalau masih ragu2 bahwa video itu adalah edit, boleh lihat dari rakaman rasmi AFF disini http://www.youtube.com/watch/?v=v6GMwy44jUE lihat pada 4:03

  • shah December 28, 2010, 8:30 am

    nice bro~share jugak~
    Entri terkini shah: SJ kene tagMy Profile

  • kmvsblogger December 28, 2010, 8:32 am

    Dah kalah wat cara kalah..jgn byk songeh plak kan
    Entri terkini kmvsblogger: Hensem tapi GayMy Profile

  • shah December 28, 2010, 8:33 am

    bro,ade tutorial buat shoutbox guna fb tu x?
    Entri terkini shah: SJ kene tagMy Profile

  • optionshift3 December 28, 2010, 9:02 am

    Yang syoknya tak sampai setengah jam lepas game ada blogg indon dalam Digg dah cakap… “Kemenangan Malaysia di sebabkan oleh Laser Hijau”.. boleh percaya ka?
    Entri terkini optionshift3: Kemenangan Malaysia keatas Indonesia Bukan Kerana Laser PointerMy Profile

  • syoknya December 28, 2010, 10:09 am

    sepatutnya sukan menyatukan manusia.Agar tamadun semakin baik dan maju..bukan mengundur ke zaman batu semula.

    DENDAM PENYOKONG FANATIK INDONESIA KIAN HAMPIR>Terkini stadium dirosakkan ketika beli tiket

  • katak December 28, 2010, 12:04 pm

    kalau beruk, ikut beruk.. kita ngan dorang tak jauh beza…

    jadi, biar je dorang.. nak menyalak ke, nak main coli laser ke, nak merusuh kat stadium ke, nak bomoh ke, ini soal maruah di padang.. menang kalah adat permainan… setiap orang ada masa jatuh berdiri…

    kita ni rakyat malaysia yang sgt terkenal dengan adab dan sopan, kenapa kita pon ikut balas membalas…

    dorang memang takkan pernah puas ngan ape dorang ada, kita pun tau kan.. so, biar kan dorang ngn perangai dorang.. kita ikut adat kita… yg penting semangat kita… tak rugi kita balas kemarahan dorang dengan senyuman…

    bak kata aishah, kemaafan dendam yang terindah… :-j

  • paparicano December 28, 2010, 12:13 pm

    takut kat indon nanti dia org guna laser manderum plk…

  • garuda dimakan harimau buat bbq December 28, 2010, 12:47 pm

    so far, aku dekat forum topix tadi, ternyata indon ni bodoh2 belaka. dikatakan malaysia main curang sbb pakai lazer tetapi ketahuan bahawa indon pun pki lazer ketika brlawan dgn filipina dan malaysia dulu.

    lepas tu dia tuduh pulak malaysia letak ubat gatal waktu training di stadium. tapi dorg bodoh juga tak pakai otak berfikir yang team malaysia juga training tempat yang sama kenapa tak gatal? lalu terus diam.

    • harimau ompong December 28, 2010, 9:07 pm

      harimau macem ape yang makan bbQ?? ompong mungkin. tapi biasenye harimau asli tu makan daging mentah, lahap walau tesedie tak masak2… haha macam lelucon kali title tu… ;D salam

    • harimau ompong#02 December 28, 2010, 9:08 pm

      harimau macem ape yang makan bbQ?? ompong mungkin. tapi biasenye harimau asli tu makan daging mentah, lahap walau tesedie tak masak2… haha macam lelucon kali title tu… ;D salam

  • FIZ MR.BELOVED December 28, 2010, 2:04 pm

    Menang atau Kalah adat Permainan..tp ak yakin Malaysia akan menang besar menentang Indonesia nanti..kepada skuad harimau Malaya, Awas pancaran laser pasti akan menyinggah di muka anda..
    Entri terkini FIZ MR.BELOVED: AFF Suzuki Cup 2010 Final – Alfred Riedl Malu Besar- Rajagopal tersenyumMy Profile

  • diden December 28, 2010, 2:10 pm

    huhu..
    Entri terkini diden: Best Online Game di internetMy Profile

  • eyesha tomapi December 28, 2010, 2:14 pm

    indon ske uat kecohh rrr. trime jerla hakikat mlysia mng 3-0 . hari tu (1 dis) mlsia kalah 5-1 tade un kecoh tak tentu pasal .

  • arin December 28, 2010, 2:36 pm

    alah yg buat org malingsial gk ada buktix…
    Mana buktix lon,

    kalian lawan vietnam jg pake laser kan,
    munafik loe

  • hazwanm December 28, 2010, 3:42 pm

    Salam. Indonesia sepatutnya redha dan bersikap terbuka JURULATIH DAH SAHKAN BUKAN LASER PUNCANYA TERIMA AJALAH…
    SILA SINGGAH DI http://www.hazwanmohamad.blogspot.com TQVVM

  • manstill68 December 28, 2010, 3:48 pm

    Bicara Malam Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2010
    27 Disember, 2010

    Tahniah kepada pasukan bolasepak kebangsaan di atas kemenangan malam tadi. Sebagai warganegara Malaysia, pasti kita merasa bangga meraikan kejayaan ini. Semoga kemenangan tersebut akan menjadi bekalan untuk meraih kejayaan sebenar di Jakarta nanti.

    Namun bukan kisah kemenangan dengan pujian melambung tinggi yang ingin dibicarakan di sini kerana sudah pasti ianya telah sedia tersiar di dada-dada akhbar juga menjadi ‘highlights’ di segenap media tempatan, internet dan sebagainya. Apa yang lebih penting ingin diperkatakan di sini adalah menjurus kepada kejadian-kejadian tidak diingini yang berlaku sepanjang acara berlangsung.

    Perbuatan memancarkan cahaya laser ke arah pemain-pemain di atas padang, membaling mercun dan bunga api dan segala objek adalah perbuatan paling tidak bersusila dan tidak bertamadun dalam dunia sukan, tidak kiralah siapa yang melakukannya atau dari negara mana pelaku tersebut berasal. Yang jelas, perbuatan tersebut amat memalukan, tidak berbudaya dan mencerminkan kedangkalan akal budi, pudarnya semangat kesukanan dan tidak menghormati lawan, tidak menghargai keselesaan penonton lain yang ingn menyaksikan kemeriahan sebuah acara sukan.

    Jika kejadian seperti ini tidak dibendung segera di masa akan datang, tidak mustahil ianya boleh mencetuskan kekacauan. Memancar cahaya laser dan baling-membaling objek tiada tertulis dalam sebuah acara sukan. Perbuatan keji begini amat membimbangkan kerana boleh membangkit suasana tidak sihat serta boleh meletakkan keselamatan puluhan ribu penonton di stadium dalam keadaan bahaya. Perbuatan ini adalah melampaui batas peradaban. Ia mengancam keselamatan dan harus dianggap sebagai jenayah sukan dan pelakunya harus dikenakan hukuman.

    Kita sebagai tuan rumah, penganjur, petugas keselamatan, penonton atau siapa saja, menonton di stadium atau di mana saja, apakah tindakan kita setelah menyaksikan kejadian ini? Di mana peranan kita masing-masing? Adakah sekadar berdiam diri atau sekadar mengeluh, atau mungkin bergelak ketawa seperti menonton sebuah persembahan jenaka? Sedarkah kita bahawa acara ini juga disiarkan secara langsung di kaca tv disaksikan di seluruh negara termasuk negara jiran? Tidakkah kita berasa malu menjadi tuan rumah yang pasif tanpa berbuat sesuatu? Mahukah kita melihat dan merelakan kejadian-kejadian seperti ini terus berlaku di negara kita di masa akan datang? Bukankah ianya akan merugikan kita sendiri dan memburukkan imej sukan Malaysia di mata dunia? Inikah pengertian kita setelah berdiri menyanyikan ‘Negaraku’ beramai-ramai? Inikah erti ‘Malaysia Boleh’ yang kita laungkan?

    Setidak-tidaknya jika kita duduk di bangku penonton melihat perbuatan keji ini dari jarak dekat, melaporkannya kepada petugas keselamatan bukanlah sesuatu yang payah. Membiarkan ia berlaku di depan mata sama saja dengan bersubahat mendorong kejahatan berlaku sesama manusia. Dengan tindakan bijak yang diambil segera, kita sebenarnya sudah menyumbang sesuatu yang amat berharga kepada negara meskipun tiada pujian atau anugerah menanti kita.

    Ayuhlah berfikir dengan lebih mendalam. Jangan biarkan perbuatan segelintir manusia dangkal pemikiran menjatuhkan maruah kita senegara. Bertindaklah secara positif demi membanteras kelakuan tidak bermoral ini.

    Sekadar pandangan peminat bolasepak berwarganegara Malaysia yang ingin melihat perubahan. Jika anda pembaca yang prihatin dan berasa tulisan ini boleh memberi manfaat, sila hebahkan. Semoga kita beroleh kebaikan daripadanya.

    Sekian, terima kasih

    manstill68

    • Adam Roslan December 28, 2010, 7:56 pm

      Saya setuju sangat. Jangan sebab bola sepak kita berpecah, ungkit cerita-cerita lama. Bila sampai peringkat ni, bola sepak bukan lagi menyatukan, tetapi memecahbelahkan. Bukan pemain, bukan pengurus pasukan, bukan jurulatih. Tetapi penyokong yang fanatik. Menang dan kalah adat permainan.

  • zuarxpdc December 28, 2010, 6:32 pm

    pergh!!!masuk kosmo siot blog ni…tahniah bro^_^
    Entri terkini zuarxpdc: Final Piala AFF Suzuki- Suspek Main Laser Tertangkap Jugak Akhirnya!My Profile

  • harimau ompong December 28, 2010, 8:46 pm

    rekaman VIDEO EDITABLE ini tidak membuktikan yg sebenarnya… jika ingin dibandingkan dengan apa yg terjadi pada pertandingan tgl 26 di malaysia kemarin. dan juda tidak boleh mengatas namakan AFF sbg persembahan potongan VIDEO EDITABLE ini. lagipula kualitas video youtube ini tidak sebanding dengan kualitas video masternya. Jangan memperdaya bangsa lain jika tidak ingin dikatakan munafik. Allah maha mengetahui… Assalamualaikum.

    • Adam Roslan December 28, 2010, 9:31 pm

      Ini video panjang Indonesia lwn Malaysia daripada laman web rasmi AFF Suzuki Cup 2010, sila ke minit ke 4:06 untuk bukti bahawa video sebelum ini adalah suntingan penyokong fanatik Malaysia ;)

      Link: http://www.youtube.com/watch?v=v6GMwy44jUE&feature=player_embedded

      Disubmit di channel rasmi AFF Suzuki Cup. Tiada edit.

      Saya menulis tidak berpihak kepada penyokong fanatik Malaysia atau Indonesia. Saya sayangkan Malaysia dan persahabatan Malaysia dan Indonesia.

      • harimau ompong December 28, 2010, 9:49 pm

        cuba suguhkan bukti video lain dgn angle yg lain pula, kerana peristiwa di tgl 26 terbukti dari berbagai angle video dan live muncul protes fisik…

        jike benar adanye, sila protes keras /discuss thd AFF jangan sampai muncul rupa manipulasi atau pasal political, ini olah raga /sport, tak elok jike terjadi manipulasi /mempolitir sabab musabab’nye.

        sudah salah jike kiper malaysia tu ta’ protes sesaat terjadi, seperti ape yg dilakukan kiper markus di tgl 26 kemarin. Salam

        • Slaughter December 29, 2010, 4:52 pm

          Salam bro harimau ompong…
          saya setuju dgn pendapat bro…sebab laser malaysia boleh menang…lepas ni saya nk cadangkan pada FAM..suruh guna laser lagi..so, Malaysia boleh menang world cup 2014….pikiaq2 la…hahahahaha….

          • MALAYSIA OMPONG December 30, 2010, 1:24 am

            haha.. ya malaysia boleh laa… sila belatih lebih hebat lagi.. na mungkin bisa melawan chelsea nanti korang.. ;D hahahaha indonesia (bukan indon) sudah bukan layak tanding malaysia lagi… ;)

            anyway, kalian ta tau maksud dengan username harimau ompong haaa? tetua malaysia boleh laa punya arti itu… ;D kalian paham?? ;D

  • Hafizi December 29, 2010, 11:50 am

    Semoga kemenangan jadi milik kita! Jom Hafaz Al-Quran

  • garuda pencennnn... December 29, 2010, 4:17 pm

    kalo indon tak puas ati lagi,cuba la cari video markus kena laser….dapat tak…musti tak dapat.sudah-sudah la indonesia.cukuplah anda sudah lemparkan macam2 hidah bosan dan terlalu muak dengan aksi anda.cubalah berfikiran profesional sikit.adat pertandingan memang la macam ni.ada menang ,ada kalah.sewktu kami kene laser 1 disember dulu,tak da pown keeper kami kepohhhh cam markus yang lagi rakus gilllerrr tu.dia pown kene gak…..cuba pikir sket wahai indonesia.tindakan anda mengata kami seperti membuktikan masyarakat indon semuanya tak bertamadun n befikiran kolotttt….YANG KELAKOR LAGI LAWAK ANTARABANGSANYA….KUNNALAN DIDAKWA DI IMPORT DARI INDIA.APER KER BODOHNYA DORANG YANG TAK TAU IDENTITI MALAYSIA.WOI,DENGO EKKK,MALAYSIASEBUAH NEGARA YANG BERBILANG KAUM.MASYARAKAT INDIA DAH WUJUD SEBELUM MERDEKA LAGI,BUKAN CAM INDON YANG SEBANGSA SAJA TAPI BERPECAH BELAH….tolonglah hentikan pemikiran yang bertaraf kelas ke 3 turr…..wat kami kat c ni kelakar ajerrr……lg 1,ada ker agi maen dukun2 n bomoh2 niee….malaysia bukan macam indon yang terkenal ngan industri sihirnya tu….tolonglah.BELI TIKET POWN SAMPAI NAK ROBOH STADIUM…RAKYAT YANG KETANDUSAN SIVIK….kami kat c ni lebih open minded daripada minda anda yang merapu tur…if you show your nasionalisme…,dont make something that can see as a third class action..okeh….majulah MALAYSIA…KITA MANPU MELAKAR SEJARAH DAN MEMBAHAM GARUDA YANG DAH PENNNNCCCEENNNN TUR.JIKA INDONESIA MELEMPARKAN SEJUTA TOMAHAN,ALLAH AKAN MENYELAMATKAN MALAYSIA YANG DI HINAAAA….

  • garuda pencennnn... December 29, 2010, 4:21 pm

    PEMBETULANNN….BUKAN SUME ORANG INDON CAMTUR,,,TAPI SEGELINTIR AJERRR….MAJULAH SUKAN TUK NEGARAAA….[jangan amik ati…];]

  • optionshift3 February 3, 2011, 3:30 pm

    aku ingatkan isu laser nie dah habih…rupa-rupanya masa perlawanan Piala Sumbangsih antara Kelantan dan Selangor pun masih ada makluk yang buat…tak pakai akai langsung mamat yang buat tue..
    Entri terkini optionshift3: Tips Cara Buat Quote of the DayMy Profile

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3