≡ Menu

My Life?

My Life

Rutin harian, bangun pukul 9 pagi dan terus ke kedai untuk melaksanakan kewajipan. Bekerja untuk mencari secebis pengalaman sebagai bekalan menghadapi masa depan yang mencabar dan penuh dengan kekejaman. Wudien, ayat skema siot.. Ya lah, 9 Pagi masuk kerja, 4.30 Petang keluar keja pastu balik rumah atau pi memana yang dirasakan best.

Start Sabtu aritu, dah bertambah bilangan member aku yang mempunyai pekerjaan sampingan, iaitu menjadi penjual Jagung Panggang Matahari. Apa itu? Jagung Panggang Matahari ialah sebuah rangkaian gerai yang menjual jangung Taiwan yang dipanggang dan dijual dengan harga RM2 bagi satu labu/setongkol. Jagung Panggang Matahari ini terdapat di 5 lokasi berbeza di seluruh negeri Perlis, iaitu di hadapan The Store, Padang Besar, Kuala Perlis, depan Aneka dan Taman Kemajuan. Mai la pakat-pakat beli.. Sedapppppp..

Aku Masih Mengharap

Banyak benda yang aku berharap akan terjadi kat diriku yang lemah ini, pertama, menanti si epal hijau yang sedang sibuk nun jauh di sana. Kedua, menanti perkhabaran gembira yang aku boleh join Red Frame Studio dan belajar selok belok fotografi dengan deorang yang dah pakar. Kalau dah ada ilmu tu, apa salahnya dicurahkan kepada orang yang memerlukan. Betul tak gitu? I hope so…

My Project

Projek? Sebagai usahawan muda yang berjaya, banyak projek perlu dilakukan untuk menajamkan minda dan mengasah bakat. Antara projek yang sedang dijalankan dalam minggu/bulan ini ialah.

  • Proses penaiktarafan laman web penyokong Singa Utara, www.singautara.net dan maintenance.
  • Hotel Langkasuka Langkawi, masih menunggu payment daripada pihak pengurusan.
  • Komuniti Remaja Malaysia, www.mydspace.org

Berkaitan dengan menunggu payment ni, orang yang berpengalaman, pakar dan ‘pakar’ hanya gelakkan aku. Kenapa?

“Hey, ko buat kelakar ke? Kalau aku, paling minimum pun RM2000…”

“Hah? Buat video production hampa amik RM150 saja?”

Kenapa RM 150? Di Negeri Perlis kesayangan ni, bidang-bidang pembangunan laman web ni masih kurang menjadi perhatian dan video production pun orang tak kisah sangat. Walaupun ramai yang mampu memiliki Video Cam sendiri, tapi deorang tak mampu nak manfaatkan perkhidmatan yang disediakan.. Mungkin salah aku jugak, kurang promosi..

Akhirul Kalam

Buat masa ni, aku gembira di tempat aku bekerja sekarang. Kamera yang aku gunakan untuk shoot/candid gambar telah dipinjam buat masa yang agak lama. Aku masih mencari kalau-kalau ada kamera Digital SLR yang dalam keadaan baik untuk dibeli.

Other articles you might like;

5 comments… add one
  • ZeMMs January 24, 2007, 4:17 pm

    Walaupun aku bukan pakar.. tapi aku pun rasa cam RM150 tu tak setimpal dengan usaha ko.. tp takpe la..anggap je la sbg usaha nak tebalkan portfolio.. kire cam investment jugak la.. heheh.. smoga berjaya dude ;)

  • adam January 25, 2007, 12:25 am

    heh, btul tu zemms. ada OL cakap lebih baik kita buat free dulu kat orang, nanti orang akan percaya kita sebab kita mampu buat untuk orang.

    Kalau orang tu dah suka dengan servis kita, deorang tetap akan cari kita. :)

  • mohdismail February 3, 2007, 2:54 am

    check this out –> http://www.mir.com.my/rb/photography/ftz/index.php
    byk2 dslr terpakai kat situ…
    in case kalo ko tak penah jumpa site ni..

  • aman February 4, 2007, 6:18 pm

    150 je…murah tul

  • Team Gempaq February 14, 2007, 8:52 pm

    Hai…. tertanya2 kalau awak sudi buat link exchange dengan blog saya… btw saya dah add blog awak kat page saya…

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Next post:

Previous post: