≡ Menu

Kelebihan Mikrotik untuk Streamyx

image

Mikrotik adalah pengeluar kepada Routerboard, perkakasan khusus untuk rangkaian komputer dan penyedia Internet tanpa wayar.

Bahasa mudahnya, Routerboard adalah peranti seakan router yang berupaya menjadi pelayan kepada rangkaian Internet hotspot. Produk ini digunakan secara meluas dalam industri wireless hotspot. Dengan peranti ini, aku boleh mulakan perniagaan Internet berkupon di kawasan kediaman.

Maksud kupon ialah owner boleh generate username dan password kemudian dijual kepada jiran. Ada yang cas RM30 sebulan atau RM2 sehari.

Buat Bisnes Hotspot di Kawasan Perumahan

Awalnya aku beli Routerboard ini untuk buat servis hotspot sendiri di apartment yang aku duduk. Mungkin aku lambat sikit, dah ada seorang yang proaktif buat hotspot ni secara besar besaran. Maksudnya, dia pasang lebih 10 AP untuk cover apartment 17 tingkat dan kawasan sekitar.

Sejak kejadian tu, aku terus simpan Routerboard dan Nanostation M2. Nanostation adalah peranti yang boleh menghantar signal lebih jauh dan lebar. Dengan adanya Routerboard dan M2 sebenarnya sebuah perniagaan boleh dijalankan. Cuma semalam aku nekad pasang semula RB untuk kegunaan peribadi atau share Internet tu untuk jiran jiran.

Routerboard untuk Streamyx dan Unifi

Perbezaan selepas pakai RB ialah tiada buffering ketika melayan YouTube. Surfing ke laman web juga ada perbezaan ketara. Mungkin RB ni power sebab ada built in memory untuk simpan cache. Memory ni pulak boleh ditambah dengan gunakan pendrive.

Routerboard didatangkan dengan RouterOS yang mempunyai 1001 fungsi untuk sistem hotspot, portal login dan banyak lagi. Harga Routerboard ni tak mahal sangat, sekitar RM250-300 bergantung kepada model.

Other articles you might like;

7 comments… add one
Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3