≡ Menu

Kalut dan Pertandingan Rekacipta UiTM

Salam. Selepas dua minggu pulang daripada berhari raya, dan kini saat genting sudah menjengah muncul. Minggu ini beberapa report akan dihantar dan bersedia untuk pembentangan pada minggu hadapan. Bermula pada hari Isnin, kami bekerja keras secara berpasukan untuk menyiapkan beberapa laporan untuk kursus Event Management, Marketing dan Multimedia.

Dalam kekalutan ini, masih ada beberapa kerja yang tertinggal dan belum tersentuh, seperti Entrepreneurship dimana ahli lembaga pengarah belum lagi duduk bermesyuarat untuk menyiapkan laporan perniagaan yang dirancang sejak awal semester. Untuk Marketing, Adam sibuk menyiapkan mock-up untuk telefon yang akan dipresent nanti, bersama kotak yang berwarna-warni!

Dalam kekalutan ini juga, Adam mendapat panggilan telefon daripada Sir Rusydi dan Puan Siti Hajar yang memberitahu bahawa hasil kerja Adam akan dipertandingkan mewakili Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Melaka dalam Pertandingan Rekacipta atau IID (Invention, Innovation, and Design) pada 13 Oktober 2009 peringkat cawangan Melaka. Untuk maklumat lanjut sila muat turun di sini dan bagi borang penyertaan sila klik di sini. Untuk pertandingan ini, Adam menghantar sebuah Booklet MotoGP 2009 dan Newsletter Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media — The Medium. InsyaAllah, kalau dimurahkan rezeki, menang lah ya. Terima kasih kepada rakan-rakan yang terlibat secara langsung untuk pembikinan dua buah ‘buku’ ini, mereka banyak memberi sokongan dan galakkan. Ya, The Medium telah berjaya dicetak dan akan diedarkan dalam masa terdekat ini! Juga, Karnival Jom Serbu Alor Gajah akan diadakan pada 10 dan 11 Oktober ini di Dataran Keris Alor Gajah. Datang dan bertemu selebriti kegemaran anda di sana! Imran Ajmain juga akan berada di sana ya!

Minggu depan adalah minggu yang penuh dengan persembahan dan laporan. Dan paling penting, sebuah filem pendek ‘Kawan’ akan disiap sunting tidak lama lagi. Bersama kita nantikan kemunculannya.

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • Viere October 8, 2009, 8:06 pm

    Filem pendek? HD1080 lah no. hahaha

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Next post:

Previous post: