≡ Menu

H1N1: Kini di UiTM Melaka

UiTM MelakaSalam. Berita terbaru mengenai kes H1N1 di UiTM Melaka yang melanda sejak beberapa hari lepas dan disiarkan di media massa secara meluas baru-baru ini telah reda. Dalam mesyuarat bersama pihak pengurusan UiTM Melaka bersama Kementerian Kesihatan Malaysia semalam telah menemukan kata putus bahawa UiTM Melaka kini telah selamat diduduki. Namun, aktiviti luar seperti ko-kurikulum dan riadah masih ditegah di dalam kawasan kampus atas sebab-sebab keselamatan.

Seorang pelajar UiTM Lendu suspek H1N1

MELAKA, 12 Julai — Seorang pelajar lelaki dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Lendu, Alor Gajah dimasukkan ke Hospital Melaka untuk rawatan setelah disyaki dijangkiti Influenza A (H1N1) malam tadi. Pengarah UiTM Melaka, Prof Madya Datuk Dr Mizan Hitam berkata pelajar tersebut berusia 18 tahun.

“Langkah pencegahan telah diambil di kampus tersebut dan setakat ini tidak ada pelajar yang dikuarantin. Semua aktiviti termasuk kelas berjalan seperti biasa,” katanya kepada Bernama.

Dr Mizan berkata tiada juga larangan untuk urusan keluar masuk ke kampus itu. Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka,  Dr Ghazali Othman berkata pelajar berkenaan sedang menerima rawatan lanjut di hospital. Beliau berkata pihaknya telah membuat saringan terhadap pelajar lain yang pernah mempunyai kontak dengan pelajar berkenaan. — Bernama

H1N1 TERKAWAL…

Antaranya, mengadakan aktiviti saringan terhadap penuntut lain yang terdedah serta dekontaminasi terhadap semua blok penginapan dan isolasi, dewan kuliah dan lain-lain bangunan yang digunakan penuntut.Keadaan wabak di kampus UiTM Melaka terkawal dan proses pembelajaran berjalan seperti biasa berikutan tiga pelajar yang dirawat di hospital Melaka telah dibebaskan dan dikawal rapi di rumah masing-masing.Beberapa pelajar menyeberangi jalan keluar dari Kampus UiTM Lendu, semalam.

Pelajar UiTM sembuh sepenuhnya

MELAKA 13 Julai – Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Lendu, Alor Gajah di sini yang disahkan positif selesema babi atau influenza A (H1N1) sembuh sepenuhnya dan telah dibenarkan keluar dari Hospital Melaka hari ini.

Bagaimanapun menurut Pengarah Kampus UiTM Melaka, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam, tiga lagi pelajar yang disyaki positif H1N1 masih dikuarantin di rumah masing-masing. Jelas beliau, tiga pelajar tersebut dalam keadaan stabil dengan pengawasan rapi pasukan perubatan di rumah mereka.

”Keadaan di kampus ini terkawal. Ibu bapa pelajar tidak perlu panik dan bimbang kerana segalanya berjalan dengan baik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan empat pelajar UiTM Lendu positif H1N1. Menurut beliau, daripada empat kes yang dilaporkan itu, seorang pelajar dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan peringkat kritikal.

Mengulas lanjut, Mizan berkata, kegiatan kokurikulum dibatalkan untuk tempoh seminggu manakala kuliah berjalan seperti biasa. Beliau berkata, pelajar yang disahkan sembuh daripada jangkitan virus H1N1 itu akan kembali mengikuti kuliah seperti biasa.

“Kesihatan pelajar tersebut akan sentiasa berada dalam pemerhatian unit kesihatan kampus,” katanya.

Other articles you might like;

8 comments… add one
  • luthfi July 16, 2009, 1:11 am

    bgoih la..dah ok..

    • Adam July 17, 2009, 7:24 pm

      Tak selamat jugak la nampaknya selepas terpaksa ditutup.

  • Viere July 16, 2009, 9:15 pm

    balik truih la sini. hahaha.. tiap2 hari dok tgk tentang kampus hangpa ja..

    • Adam July 17, 2009, 7:24 pm

      Memang plan nak balik tak sangga dah. Haha.

  • beliamuda July 17, 2009, 12:16 am

    MELAKA 16 Julai – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Lendu, Alor Gajah dekat sini ditutup selama sembilan hari mulai hari ini sehingga 24 Julai ekoran penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) ke atas pelajarnya yang semakin meningkat.
    .-= beliamuda´s last blog ..Reka Bentuk Baharu Wang Kertas RM50 =-.

    • Adam July 17, 2009, 7:25 pm

      Akhirnya, ditutup walaupun berita sebelum ini menyatakan selamat diduduki.

  • noa and ika July 5, 2010, 9:21 am

    time ni kitorang ingat orang ukur jalan. sekali rupanya amik gambar. kalau tahu pose kejap tengah jalan.

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3