≡ Menu

Apa Fungsi TA dan RDS di Radio Kereta?

Bagi pemandu kebiasaan, tak semua butang dalam kereta dia tahu fungsinya. Yang diambil berat ialah butang ON/OFF radio dan butang lain yang selalu ditekan.

Ada dua fungsi yang diwujudkan di peranti radio seperti Traffic Announcement (TA) dan Radio Data System (RDS) yang sebenarnya berguna kepada pemandu.

Traffic Announcement atau butang TA apabila ditekan akan mengeluarkan pengumuman tentang laporan kesesakan trafik. Tetapi di Malaysia mungkin fungsi ini tidak disokong oleh stesen radio tempatan walaupun butang TA ada dalam setiap kereta Proton.

RDS pula berguna untuk perjalanan jauh apabila sistem akan mengesan frekuensi bagi stesen radio yang didengari dan kekal walaupun keluar dari kawasan liputan frekuensi. Fungsi lain RDS ialah memaparkan nama stesen atau slogan dalan 64 askara dan banyak lagi.

Other articles you might like;

5 comments… add one
  • Wadi AR August 9, 2011, 7:09 pm

    ouhh, baru tahu. time ksh encik
    Entri terkini Wadi AR: Puisi PuasaMy Profile

  • Shah August 10, 2011, 9:04 am

    Tau tak mana2 radio jenama sony yang ada rds? dah carik tak jumpa

  • AkuMuzikFilem August 10, 2011, 6:35 pm

    itulah. selama aku baca manual faham lebih kurang je. penerangan bro simple tapi difahami. hehe

  • ahilah October 4, 2011, 10:57 pm

    Saya baru2 ini menyewa sebuah kereta Proton Saga FL baru dan malangnya pemilik kereta dah hilang manual kereta. Dah lama saya cuba nak tune dan set stesen kat radio saya tu tapi tak dapat nak hentikan scan. Boleh minta tolong siapa2 ada manual tu tolong ajarkan saya macam mana nak tune? Thank u!

  • IZAHAR November 12, 2011, 2:48 pm

    Benda ni dh ada sejak 1998 lagi kat malaysia, stesen radio yang mula2 memancarkan siaran RDS kepada pengguna RED104.9 (kini REDFM), THR, 988(radio bahasa mandarin). sahaja.. butang AF tu (auto frekuensi) bagi menukar secara automatik siaran radio di tempat lain. sebagai contoh, anda dengar radio ERA ditempat anda, dan anda bergerak ke destinasi lain yang frekuensinya lain, apabila butang isyarat AF dihidupkan, secara automatik frekuensi ERA di tempat lain akan disesuai ditempat destinasi anda. Isyarat AF ni akan berfungsi jika radio yang anda dengar tu mempunyai isyarat RDS sahaja.. kalu tak da, maka tak berfungsilah..

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3